tengok nih
mesti best gila kan?
tak ada ke blogger yg keje pilot sukhoi?
boleh la bawak aku jalan2 kejap
dapat setengah jam pun jadi la
aku ingat kalau naik jet ni setengah jam boleh sampai kutub dah
kelajuan sukhoi ni supersonic babas der
jom kita tengok specs sukhoi ni hebat tak hebat
Ciri umum
Anak kapal: 2
Panjang: 21.935 m ()
Rentang sayap: 14.7 m ()
Tinggi: 6.357 m ()
Sayap luas: 62.04 m2 ()
Berat kosong: 18,400 kg ()
Berat berisi: 8,000 kg ()
Berat berlepas maksimum: 34,000 kg ()
Loji kuasa: 2× Saturn AL-31FP lepas bakar dengan ciri Tujahan Kawalan Vektor (TVC) , 130 kN dengan lepas bakar setiap enjin () setiap satu
Prestasi
Kelajuan maksimum: Mach 2.0
Jarak: 3,000 m di altitud (1,300 km pada aras laut, 5,000 km dengan sekali pengisian minyak di udara) ()
Lelangit khidmat 17,300 m ()
Persenjataan
Meriam: 1x 30-mm meriam GsH30-1 dengan 150 butir peluru.
Peluru berpandu:
Udara ke udara
Peluru berpandu panduan aktif radar jarak sederhana Vympel RVV-AE (R-77).
Peluru berpandu inframerah jarak dekat R-73.
Peluru berpandu semi-aktif jarak sederhana R-27R1.
Udara ke permukaan
Siri-siri peluru letupan kuat OFAB 100-120, 25-270 dan FAB 500.
Bom panduan TV KAB 500KR dan KAB 1500KR.
Persenjataan lain
Siri-siri Vympel Kh-29 AGM
Versi-versi Kh-29T (pencari TV), Kh-29TE dan Kh-29L (pencari laser).
Senjata anti radar Zvezda-Strela Kh-31A (radar aktif) dan Kh-31P (radar pasif).
Peluru berpandu panduan TV jarak jauh, Raduga NPO Kh-59ME.
Avionik
Paparan Pandang Atas (HUD) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
Sistem Inframerah Navigasi Pandang Hadapan (NAVFLIR) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
Pod Menandakan Laser Damocles (LDP) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
Penderia Amaran Kehadiran Peluru Berpandu (MAWS), MAW-300 - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
Penderia Amaran Laser (LWS) - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
Radar Jujukan Pengimbas Fasa Pasif (PESA), NIIP N011M BARS - Rusia
Penyesak aktif DECM SAP518M - Rusia
UV-30MK CMDS - Rusia
Penerima Amaran Radar (RWR), L-150-30 Pastel - Rusia
Pencari dan Penjejak Inframerah (IRST), UOMZ OLS-30I - Rusia
BUTTERWORTH: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, di sini, semalam.
Ketibaan baginda dari Pangkalan Udara Subang, jam 9 pagi, disambut Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Tuanku Mizan juga berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama sebelum mengikuti penerbangan dengan pesawat Sukhoi SU-30MKM selepas diberi taklimat penerbangan oleh Rodzali.
Pesawat itu diterbangkan pada ketinggian 15,000 kaki dan berkelajuan supersonik iaitu melebihi kelajuan bunyi oleh Pegawai Pemerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd Asghar Khan Gauriman Khan.
Penerbangan selama 50 minit dengan diiringi sebuah pesawat FA/18D itu, melintasi dan mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi dan Pulau Pinang termasuk terbang di sebelah Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) serta Jambatan Pulau Pinang.
Tuanku Mizan menamatkan lawatan kerja dengan melawat Pameran Statik Pesawat Pejuang di Hangar ASF sebelum berangkat pulang.
Sementara itu, Mohd Asghar, 45, yang sudah berkhidmat selama 27 tahun dalam TUDM, berkata beliau bangga kerana dapat memberi khidmat kepada Yang di-Pertuan Agong yang tenang sepanjang penerbangan selama 50 minit itu.
“Pesawat diterbangkan dengan ketinggian 15,000 kaki dan berkelajuan supersonik iaitu melebihi kelajuan bunyi,” katanya.
kalau nak tau lagi lanjut pasal sukhoi ni boleh baca kat sini Sukhoi Su-30MKM
1 comments:
supersonic tuuu..
moto aku superman je.
:D
Post a Comment