[Monday, May 4, 2009]
bubur nasi siam style
Labels: food
ni menu minggu lepas ni
hari khamis kalau tak silap aku la
balik keje terus singgah pergi makan kat kedai kat rumah
haritu aku pergi makan kat tempat tu juga
tapi makan benda lain
pastu ada kat meja sebelah ni makan bubur ni la
so kali ni aku pun order bubur nasi ni juga
bubur ni tak macam bubur nasi biasa kat kedai² tu
dia lain macam sikit
mungkin ada yang tak pernah tau, tak biasa tengok bubur macam ni
bubur nasi dia masak asing siap²
pastu dia ada macam sup asing
bila ada orang order baru la dia cedok bubur nasi tu masuk mangkuk
pastu tuang sup tu masuk dengan bubur nasi tu
pastu dia bubuh la perencah lada sulah, kicap siam dan lain² tu
dah siap tu dia hidangkan dengan ikan bilis dengan bawang potong²
limau tu kalau suka perah kat dalam bubur tu
nanti ada la rasa masam² limau tu
selamat menjamu mata!
hihi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mpv ke makanan ni??
haiyook
ayokkk...
Post a Comment