MY.TEMPAT

[Monday, May 4, 2009]

kejadian pokok tumbang


kejadian berlaku pagi semalam masa aku kat kampung
yang aku tau pokok ni tumbang dalam pukul 1.30pagi gitu
time orang semua tengah tido
masa tu angin kuat giles
boleh nampak pokok tu pelan² jatuh

nasib baik pokok ni tak hempap rumah
kalau tak jadi satu hal lain lak lagi

tak merasa la makan buah pelam lagi lepas ni
ni la satu²nya pokok buah yang ada
pokok sawit ada banyak la

kesian kat jiran sebelah sebab pokok ni tumbang kene dekat wire letrik ke rumah dia
siap ada penghuni rumah tu bangun pukul 2 gitu ingatkan kat mana, kat mana, sebab bergelap gelita
rupanya letrik takde dah suspen dah diorang tu

pagi tu baru report dekat TNB dengan bomba
report TNB biasa la sebab nak mintak dia betulkan balik letrik tu
pastu bomba lak nak mintak tolong diorang potong pokok tu
report as bencana alam

aku tak tau pun sebelum ni kalau pokok tumbang panggil bomba
ingatkan rumah terbakar je panggil bomba
tapi logik jugak la kalau kata sebab bencana alam kan

sekali last² bukan bomba jugak yang datang
sekali yang datang JPA daa
Jabatan Pertahanan Awam
siap sesat lagi pergi tempat lain sebab kat belah sana pun ada pokok tumbang

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA - SEDIA, PANTAS DAN BERINTEGRITI

3.9 KAITAN RAKYAT
Antara langkah Pertahanan Awam yang sering dijalankan oleh rakyat adalah:

• Bencana dan kemalangan
menyelamat dan mengeluarkan mangsa, mengawal lalulintas, merawat, memulih dan mengambil tindakan bagi memastikan semua nyawa terpelihara

• Kebakaran
menyelamat mangsa, memadam dan mencegah api kebakaran.

• Kecemasan lain
rawatan perubatan, mencegah penyakit merebak atau berjangkit, pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya, kawalan rusuhan atau ketenteraman awam dan pencegahan jenayah

• Khidmat kemanusiaan
bantuan kebajikan, gotong royong, pemulihan emosi dan persekitaran serta kaunseling, kawalan keselamatan dan apa jua langkah yang dapat mencegah dan memulihkan bencana serta menjamin keharmonian rakyat.

baru tau function pertahanan awam ni
rupanya support macam bomba jugak

berguna: Buku Panduan Kecemasan

0 comments:

Kaki skodeng