Aku ingatkan salah baca tadi ni
Rupa2nya betul kari daging kucing
Aku ingat propaganza je
Sekali memang betul beb
Ni aku baca dari paper sinar harian,muka depan sinar lagi ni
Tak caya pegi beli
DAGING kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.
Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.
Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.
Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.
“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.
Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.
Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.
“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.
Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.
“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.
Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.
“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.
“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.
“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.
“Oh, tidak,” jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit.
Cuba tengok dekat caption last tu kat mana dia beli daging kucing tu, dia jawab "Oh, tidak" (aku rasa mesti dia cakap dalam bahasa myanmar). tau tak apa maksud dia?
Maksud dia,dia dapat daging kucing tu free tau dak
Sapa2 yang bela kucing tu simpan la jaga elok2 kalau ada jiran myanmar ni
Gila kentang ah
Sekali bila aku snap gambar ni kan perasan tak?
Iklan bawah tu
Pesanan pihak penaja,
"Isteri HEBAT,Suami terTAWAN"
Habisla para suami kena tawan,hehe
Sos: kari daging kucing
Sent from BlackBerry®
0 comments:
Post a Comment