MY.TEMPAT
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

[Sunday, January 27, 2019]

Wonda Zero Max Latte

0 comments


Lama cari air ni rupanya dekat 7eleven ada je banyak, hampeh betul
Zero max ni ada 2 version, satu mcm kopi ais (original), satu lagi jenis macam dalam gambar ni, kopi susu (latte)

Apa yang pasti kedua-duanya memang sah kurang gula/kurang manis

Sapa yang jenis rajin order air kopi kurang manis boleh cuba minum wonda zero max latte ni

Rasa dia memang betul-betul kurang gula dan sesuai kalau yang tak suka minum manis sangat

Pada aku memang boleh masuk dan ok

Harga dia dekat 7eleven Rm2.30

[Monday, January 21, 2019]

Lunch nasi ayam bakar

0 comments



Hari ni hari Thaipusam tapi kene kerja
Lunch lambat sikit sebab kat luar panas terik nak hujan gayanya
Biasekan dengar orang cakap kalau panas lain macam maknanya hari nak hujan

Balik kepada cerita menu lunch ni
Nasi ayam bakar, portion ayam 1/4, lepas tu ayam dia size memang besar, bukan macam ayam tak cukup makan
Set dia datang dengan timun, sambal belacan dengan kuah kari kosong

Nasi ambik sendiri lantak la nak banyak mana pun atau nak tambah sekalipun, aku selalu makan amik nasi separuh je, tak larat kau

Harga dia 1 set sekali dengan air biasanya dalam RM7
Btw, air aku selalu layan limau ais ataupun sirap

Selain dari ni ada jugak set bawal, set ayam penyet, lele penyet, lauk2 makan tengahari pun ada jugak

Kalau nak try korang waze atau google map tu search makan makan batu 3, shah alam
Cari gerai ke-2 dari hujung yang first, nama gerai ni Rosdee
Dekat posting ni pun aku ada tag location

[Wednesday, October 18, 2017]

Polperro Seksyen 13, Shah Alam

0 comments


Pergi kedai bunian, kedai tutup
Terus u-turn balik pergi terus seksyen 13

Terus teringin nak makan chicken chop
Polperro lah tempat paling sesuai nak tunaikan hajat dan keinginan ini

Crowd ramai memandangkan esok public holiday deepavali
Tapi servis kat sini bagus, laju dan ok pada aku

Tips nak dapat makanan dengan pantas ialah bila dia bagi kertas menu tu ko cakap nak order terus itu jam juga
Lagipun ko dah target nak makan apa kan
Orderlah terus tak payah buang masa
Air pun ambil apa yang terlintas kali pertama dalam minda

Order
-black pepper chicken chop Rm9.90
-lemon ais Rm1.80

Tak sampai 10-15 minit dah sampai
Boleh makan dan isi perut
Yehaaa

[Tuesday, October 17, 2017]

Asyik betul ayam kenny rogers

0 comments


Memang padu ayam kenny rogers ni
Senantiasa menjadi pilihan saya

Kalau compare dengan ayam nandos
Saya lebih prefer kenjy rogers
Kalau dah takde option lain nandos pun boleh
Tapi priority tetap pada ayam kenny rogers!

[Tuesday, September 26, 2017]

Cendol batu tiga

0 comments


Kalau sesiapa lalu atau singgah dekat area batu tiga, terutama waktu lunch panas terik atau penat petang elok singgah cendol batu tiga nama diberi ni
Ada cendol biasa, pulut, durian
Bukan setakat itu sahaja tapi boleh juga sambil menikmati cendol di selang selikan dengan makan rojak atau laksa

Yang meniaga ni melayu ye, bukan mamak atau india

Cendol durian, oh...

[Tuesday, August 4, 2015]

Sarapan roti sambal bilis gardenia RM1.05

1 comments


Sarapan teman sekarang setiap pagi lepas raya ni
Bun sambal bilis gardenia RM1.05

Semalam timbang berat turun 3 kilo
Selalukan breakfast heavy, nasi lemak berlauk, roti telur
Tapi sekarang ni makan roti ni je

Mudah mudahan perut teman dapat bertahan

Hhhahahahahaha

[Monday, August 3, 2015]

Musim durian @ pekan pahang

0 comments


Seronoknya lah tengok pokok durian sebelah rumah ni haa
Yang syoknya pasai dia punya buah durian tu ada dahan yang rendah, makanya kalau ikutkan paras paras kita berdiri je, nasib lah durian ni tak boleh petik, kalau boleh confirm dah jendul dahan ni

Durian pekan ni pure baka kampung
Buahnya kecil, isi nipis, warna cerah, rasa manis manis kurang lemak

Teman memang suka pattern durian macam ni
Boleh makan banyak tapi durian kampung ni buatkan badan cepat panas dan panas lain macam
Nak cure dia kena ngadap ais la manjang, terasa macam haba keluar dari badan kalau makan tak ingat

[Friday, May 9, 2014]

Maggi asam laksa 2 minit

0 comments

Eh eh
Masak maggi 2 minit je eh
Aku ingatkan 5 minit
Dulu dulu aku masak maggi ni mau dekat 10 minit jugak

Aku baru perasan ada tulis 2 minit

Senang je masak maggi asam laksa ni campak je maggi tu dalam air panas mendidih lepas tu letak perencah gaul gaul sampai mi tu dah bercerai sikit lepas tu pecahkan telur lepastu biarkan telur tu masak lepas tu boleh la matikan api dan tunggu dejuk sket

Lepas tu ngap

Lepas tu tido

Haha

[Thursday, May 8, 2014]

Hidangan tengahari. Kacang

0 comments


Tak reti nak makan apa tengahari ni
Macam tak biasa kan
Bila dah tak reti nak makan apa tapi mulut nak mengunyah je keje dia ni makan dia
Jemput
Kacang je

Rm1
---
---
Sent by WhatsApp

Nasi dagang lauk gulai ayam pasar malam

0 comments


Ni lauk dinner malam tadi
Nasi dagang berlaukkan gulai ayam bahagian peha

Rm4

Boleh tahan la cuma nasi dagang dia tak berapa nk macam nak berpulut sangat
---
---
Sent by WhatsApp

[Wednesday, May 7, 2014]

Nasi ayam penyet cik som summit

0 comments


Ni la makan tengahari aku tadi ni
Nasi ayam penyet cik som dekat summit

Rm6 combo set siap air
Puashati

Sekarang rasa mengantuk akibat kekenyangan

Berbaloikan
---
---
Sent by WhatsApp

Sarapan roti canai

0 comments


Sarapan pagi ni
Roti canai kuah dal sama kari ayam roti jala aku sebat
Rm1
Roti canai dia macam ada hangit sket hari ni

Apapun rezki Allah dah bagi
Makan je
Mana tahu dapat rezki lain pulak kan
Sentiasa mensyukuri nikmatnya
---
---
Sent by WhatsApp

Tat telur

0 comments


Beli tat telur ni semalam dengan jiran depan rumah tu
Satu singgit aku beli 5 ada free tester tat coklat kot

Tat telur ni memang antara favorite aku tapi komen aku tat telur yang ni tak berapa nak kick secara jujurnya

Dia punya filling nipis pastu yg bawah tu tapak dia tu rasa biskut
Kalau ada yang jual tat telur online tu meh aku beli
---
---
Sent by WhatsApp

[Tuesday, May 6, 2014]

Makan tengahari special daging salai

0 comments


Peh tak tau nak kata apa dah
Masakan melayu asli
Daging salai masak lemak cili api

Terbaik wok

Rm4.50 utk hidangan ini beserta air limau ais
---
---
Sent by WhatsApp

Sarapan nasi lemak sotong

0 comments


No other words can describe this momento
Yummeh!!

Nasi lemak sotong my favorite
---
---
Sent by WhatsApp

viral choco oat

0 comments

aku tengok sekarang ni tengah viral orang makan biskut ke apa tah nama benda ni
snek ke apa...

choco oat ni
yang lagi best semalam aku pergi kedai dah macam macam version dah produk choco oat ni
ada yang dalam pek ada pulak yang terbaru ni dalam kotak macam snek singgit singgit tu

sapa pencetus ni yek??

cuma 1 je aku musykil la biskut ni
tanda halal dia cuma ada 1 je yang aku nampak macam tanda halal yang sahih iaitu tanda halal jakim
yang lain tu macam yg bawah ni tanda halal dia meragukan

bila aku tanya kedai dia kata produk ni memang buatan malaysia
tapi tanda halal dia no komen kan
dia kata boleh makan la oat je pun

jeng jeng jeng


[Monday, May 5, 2014]

Pizza hut taste of italy

0 comments


Kejadian rabu lepas
Combo pizza hut italy ni harganya dlm Rm52 termasuk set
Sedap weyy

#TasteOfItaly

Mee udang banjir tanjung karang

0 comments


Sedappp
Udang besar
Udang banyak
Udang manis
Rm8
Kejadian sabtu lepas dalam pukul 3pm


Nak tau kat mana google je mee udang tanjung karang
Dia lepas pekan tanjung karang tu terus sampai jumpa masjid kedua tepi jalan belah kiri ada signboard
Kedai mee udang banjir ni tepi jalan je

Menu dia bukan setakat mee udang banjir je
Ada nasi goreng mi bihun semua ada

Luncheon tengahari isnin 5/5

0 comments


Bole la bole la
Nasi
Kari ikan
Telur kicap
Rm5.50
Tak berapa nak kick
---
---
Sent by WhatsApp

[Tuesday, April 29, 2014]

Satay kajang haji samuri

0 comments


Walaupun nama dia satay kajang haji samuri tapi aku tak beli dekat kajang
Satay ni aku beli dekat cawangan dia dekat taman melati
Dah mahal sket harga satay kajang ni secucuk 80 sen

Kuah dia macam dah kureng sket la
Lepas tu sambal cili dia kering ya amat

FANS