MY.TEMPAT

[Thursday, July 9, 2015]

Tips Berjimat Sebelum Raya

Tentu ramai yang tak sedar kan atau buat buat tak sedar yang raya dah nak dekat
tinggal lagi 8 hari je lagi nak raya tau

ni teman share tips sikit macammana mengkome nak berjimat sebelum raya

  1. Bazaar ramadhan - tak perlu beli ikut nafsu tetapi ikut keperluan pemakanan masing-masing. renung kembali corak pemakanan kome sepanjang ramadhan, hari-hari yang lepas, kalau rasa banyak leftover tu, rentikan lah, beli lah mana yang betul-betul perlu sahaja

  2. Fikir berulang kali - sebelum nak berbelanja tu fikir banyak kali dan adakah perlu anda belanjakan duit tu sekarang? mungkin apa yang anda nak beli tu boleh beli selepas raya ataupun bulan depan pun

  3.  Shopping Raya - yang ini punca terbesar menyebabkan bajet kome lari sebenornya, hat ni lah dia, shopping raya! bukan tak boleh shopping, kadang tu teman tengok kome shopping macam naik hantu, main sebat je asal ada duit lagi dalam kocek, walhal masa keluar duit kat depan ATM tu dah keluar bajet sampai penghujung bulan

  4. Duit Raya - yang ini pun antara penyebab penjimatan kome habis begitu sahaja, bukan tak boleh bagi tapi boleh, tapi kata orang ukur baju di badan sendiri. memang duit raya tu sedekah tapi kalau dah sendiri pun tak lepas lagi nak peruntukkan duit raya sampai over bajet. kalau perlu bagi singgit pun, singgit lah asalkan niat tu nak sedekah bukan sebab orang lain bagi aku pun nak bagi, kocek orang lain dengan kocek kita mana sama kan?

  5. Dasar pandang ke hadapan - kome buat lah bajet siap-siap, kalau boleh duit yang ada dalam akaun semasa yakni akaun duit keluar hari-hari tu, dengan duit yang kome nak simpan utk bajet dekat akaun lain, contohnya masukkan dalam ASB ke, masukkan dalam akaun mak ke, ayah ke, supaya nanti kalau emergency lepas raya ada la juga duit sikit lagi utk tampung sampai hujung bulan nanti
Mana yang dah gaji tu, gaji awal nampak macam duit banyak kan, tapi kome jangan lupe, kome tetap kena berjimat juga kerana gaji tu sebenarnya utk belanja kome bulan depan

Kecuali,

Kome dapat bonus tambahan berlebih lebihan, duit increment, backdated pula, memang kome enjoy sakanlah Raya ni nanti

Apapun bak kata pepatah jangan sampai 'menang sorak, kampung tergadai'

jangan sampai tabung anak tergadai



\\Selamat hari raya, maaf zahir batin semua!

Tingkatkan baca Al-Quran bagi baki Ramadhan yang tinggal

0 comments:

FANS