MY.TEMPAT

[Tuesday, July 28, 2015]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi TPM baru Malaysia 2015

Tergempar sungguh kan

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi TPM baru Malaysia 2015 berkuatkuasa 29 Julai 2015



Ingatkan troll, rupanya memang sahih berita ni, TS muhyiddin yassin tak ada jawatan apa2 pun

apalah agaknya yang akan terjadi lepas ini kan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan. 
Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan namun perbezaan pendapat di kalangan anggota kabinet tidak seharusnya dilakukan melalui forum terbuka.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama,” jelas beliau ketika mengulas keputusan menggugurkan Muhyiddin.

Peralihan jawatan TPM itu akan berkuatkuasa 29 Julai 2015 (esok).

“Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kerajaan,” kata Najib lagi.

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas


Senarai Penuh rombakan Kabinet setakat ini...
1. Datuk S. Subramaniam - Menteri Kesihatan
2. Datuk Liow Tong Law - Menteri Pengangkutan
3. Datuk Ahmad Maslan - Timbalan Menteri Perdagangan A'bangsa
4. Datuk Saleh Keruak - Menteri Komunikasi n Multimedia
5. Datuk Idris Jusuh - Menteri Pengajian Tinggi.
6. Datuk Mustapha Mohamed - Menteri Perdagangan A'bangsa
7. Datuk Hishamuddin - Menteri Pertahanan
8. Datuk Madzhir Khalid - Menteri Pendidikan
9. Datuk Husni Hanadzlah - Menteri Kewangan II
10. Datuk Hamzah Zainuddin - Menteri KPDNKK
11. Datuk Ismail Sabri - Menteri Kemajuan Luar Bandar..
Jawatan Timbalan Menteri Kewangan yg sebelum ni disandang Ahmad Maslan digugurkan..
1..Datuk Mahyuddin Yassin - GUGUR..
2. Datuk Hasan Malek - GUGUR
3. Datuk Shafie Afdal - GUGUR


2 comments:

Hero Borneo | July 28, 2015 at 5:10 PM

perkara biasa bila berlaku pertelingakah pendapat semoga negara terus stabil

Farrah MF | July 29, 2015 at 11:17 AM

Frustnya kalau kena macam ni...

Kaki skodeng