MY.TEMPAT

[Wednesday, July 15, 2015]

8 Sebab Kenapa Raya Dulu Lebih Ohsem

8 sebab kenapa raya dulu lebih ohsem

Lebih terkesan kepada mereka yang lahir dalam tahun 70'an dan 80'an, geng 90'an ke atas rasanya dah tak merasa sangat ke ohseman raya

1. Trend sekarang kalau bertandang ke rumah sedara mara ataupun rumah orang benda pertama yang ditanya, scan dulu wifi lepas tu mintak password, tak gitu? beza zaman dulu kalau pergi beraya kita makan apa yang ada dan tunggu sampai habis masa dan menari narikan kaki tunggu tuan rumah nak bagi duit raya

2. Dulu kuih raya kalau terhidang 13, kesemua 13 tu lah tuan rumah buat sendiri tak kiralah walaupun kuih tu susah macammana, mesti akan buat jugak, kalau bukan tuan rumah yang buat, opah dia yang buat. tapi compare dengan sekarang walaupun 5 kuih yang terhidang semuanya beli kat market atau kawan-kawan

3. Yang ni mana geng puasa penuh dapat hadiah, tapi teman dulu puasa takde dapat hadiah apa pun, dapat beraya adalah. rasanya start penghujung tahun 90'an baru dengar benda macam ni, kalau puasa penuh dapat hadiah duit ikut hari yang dia puasa, tapi sekarang ni demand lagi tinggi, budak budak sekarang tak mintak duit, dia mintak beli gadget, koman2 pun tab, kopak mak pak nya

4. duit raya dulu main sen sen je zaman teman kecik, 20 sen pun ada, tapi sekarang kau bagilah 20 sen mau di pulang balik dek budak tu, 20 sen beli apa pakcik? haha, sekarang duit raya kalau bagi singgit budak dah pandang semacam, bersyukur lah nakkk

5. Yang ini memang legend habis, rasanya hampir pupus dah, walaupun dalam tv kita nampak masih ada orang yang hantar kad raya, tu semua sebenarnya nak mengingatkan balik bahawasanya dulu dulu orang pakai kad raya. tapi sekarang ni semua free je send via whatsapp, intagram, fb, kalau pakai kad ni memang makan belanja sikit, dengan duit kad, dengan bilangan kad, dengan duit setem lagi, kena pergi pejabat pos lagi, kerja renyah, sekarang semua hujung jari, tak sampai sesaat dah sampai

6. No 6 ni aku rasa sekarang ni pun masih havoc main mercun/bunga api, tapi sekejap je, kalau dulu main mercun tiap2 malam bila malam 7 likur orang kata, tapi sekarang esok nak raya baru depa ni sibuk nak main mercun/bunga api, yang golongan dewasa sikit dok melepek depan tv layan movie yang keluar wayang keluar kat tv, cerita free katanya, apatah lagi pagi raya pun lepas solat raya pun sebenarnya ada yang dah melepek depan tv sampai ke petang!

7. Perihal baju raya ni memang, dulu mostly kalau tanya geng geng ni depa semua pakat hantar dekat tailor ataupun mak dia atau sedara mara dia yang jahitkan, tapi sekarang banyak kita nampak dan dengar semuanya main butik je, tunjuk sana sini butik, myig, visit MyIg, oder online je

8. Yang ni teman rasa paling obvious sekali, dulu kalau lelaki kata cari baju melayu tu standard tapi sekarang ni tak mainlah baju melayu, berlumba lumba pakai jubah, tak nampak ada yang pro and cons, cumanya dah macam tak seragam lah kalau di masjid tu, rasa macam kat timur tengah pun ada

Apapun, raya tahun bila pun, kemeriahannya tetap ada di balik yang lain pula kan, dulu susah sekarang senang, tapi tak tahulah, rasanya sekarang lagi susah, hehehe

Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir Batin!
Berhati-hati di jalan raya!








1 comments:

Farrah MF | July 29, 2015 at 11:18 AM

Semua sedap sedap!

Kaki skodeng