MY.TEMPAT

[Saturday, April 9, 2011]

macammana trafik nak naik kalau macam ni


apa da maharaja lawak ni
minggu ni aku tak ambik port sangat nak tengok
just jeling kejap2 je tengok maharaja lawak ni

tengah sibuk buat assignment

apapun komen tetap komen, bukan apa komen yang membina la kan
from my point of view

Jambu
ramai kata jambu ni best, siap mamat khalid pun cakap lawak dia lain dari yang lain
tapi tak tau la, aku tengok still taukeh tu macam dia tak fokus sangat dan tak natural sangat, macam dibuat2
mungkin sebab diorang ni berlawak sebab kena fikirkan macammana nak buat lawak compared to beberapa orang lain yg aku rasa ada kebolehan sendiri dalam menghasilkan lawak secara rawak atau secara naturalnya


Balas
kumpulan balas ni memang aku akan chop lawak blue je manjang diorang ni
tak sudah2 dengan lawak double meaning diorang tu
elok kot kalau maharaja lawak ni di klasifikasikan dengan kategori 18PL
cocok...dicocok...apa korang ni?
memang orang suka, tapi ntah la, tak kena pada aku
there's always a hater for lawak2 yang macam ni
buat sekali mungkin orang faham, tapi kalau dah beberapa kali ni aku rasa orang akan start labelling


Jozan
aku ingat apa la yang diorang cuba bawakkan ni
masa intro yg dia dengan mat saleh tu dah best dah
ingatkan dia nak bawak awek mat saleh tu masuk set
sekali cerita pasal lain, tak kena betul
tak ada kesinambungan kat situ
rupanya still johan ni tak boleh lari dari mengikut gaya orang lain
memang ni dah jadi makanan dia kot utk ajuk orang lain
walaupun ada unsur lawak tapi there's something missing


Nabil
OMG, aku tak sangka yang dia akan sambung balik cerita dia dari minggu yang lepas
berani dia sambung balik
aku rasa nabil ni melawak utk saiful apek je
kamon jack, ni cerita maharaja lawak
kena bagi lagi gempak la


Sepah
dalam banyak2, ramai2 tadi aku rasa sepah ada point lawak dia kat situ
dan boleh kata lawak diorang minggu ni ada naturalnya di situ
kalau suh sambung je cerita tu for sure diorang tak payah nak karang atau tengok skrip utk sambung cerita, diorang boleh je sambung secara naturalnya
tapi nama pun maharaja lawak, macam ahmad idham komen, lawak tu macam utk level raja lawak je, bukan maharaja lawak


apapun sapa yang follow maharaja lawak ni terpaksa la berkorban untuk minggu seterusnya sampai habis sebab rancangan maharaja lawak tak akan ditayangkan dekat channel 105 tu lagi, kena langgan, keluar duit lagi astro warna/pakej mustika tu

macam boleh hiduuuu je taktik tu bila masa nak umumkan sapa yang terkeluar tu

apapun aku berharap sangat ada kelainan yang memang lain

tapi tak tau lah minggu ke-3 ni macammana, dah ada tema dah dia bagi, musical comedy

kena tunggu lagi seminggu lagi la nampaknya


**apa khabar hantu kak limah?

1 comments:

♥suNa husNa♥ | April 9, 2011 at 1:45 PM

fuh~banyak yang betul.sokong..balas tu merapu sangat.segan nak tengok ramai2...dia tak tapis dulu ke hah pe yang diaorang nak cakap ni

Kaki skodeng