Dah nak dekat raya kan? ramai yang sibuk kemas beg kemas kuih raya, kemas duit raya, kemas baju raya, tapi 1, jangan di lupa untuk check condition kereta atau kenderaan yang kita nak bawa untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya tu
Ni teman nak share sikit apa yang patut mengkome check sebelum memulakan perjalanan
- Check minyak hitam, coolant (yang warna hijau dekat radiator depan tu), minyak brek (warna merah), dan air windscreen ataupun lebih dikenali sebagai air wiper
- Check air filter. pastikan air filter bersih dari kotoran untuk performance kereta dan efficiency
- Check dan pastikan semua lampu menyala seperti brek, lampu depan, lampu signal terutama perjalanan malam dan waktu hujan
- Check tekanan tayar termasukkan tayar spare. lihat tekanan yang disyorkan pada stiker pintu driver
- Check bunga tayar dengan menggunakan duit syiling seposen samaada masih tebal atau botak. kalau dah botak perlu tukar tayar tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini
- Pastikan kesemua peralatan pembaikan dan emergency tools dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan
1 comments:
saya memang perasan memang dah banyak perubahan yang berlaku..itu memang dah dinamakan perkembangann semasa.
Post a Comment