lolongan burung di atas pokok seperti kebiasaannya sayup sayup memasuki selubung telinga ahmad
"ah masa untuk bangun kata ahmad dalam alam mimpinya"
alam mimpinya telah terhenti buat kali ini
masa untuk bangkit dan sudah tentunya ke bilik air destinasi pertama seperti kebiasaannya di hari selasa begini
sungguh berat rasanya mata mahu membuka seraya melihat jam masih pada pukul 7
"ah..sambung tidur lagi sampai jam 7.30 masih sempat lagi"
tepat jam 7.30 alarm di handphone berbunyi tanpa gagal dan dengan pantas ahmad menyelak selimut dan secara gerakan tetap mematikan handphone dan keluar mencapai tuala dan terus ke bilik air
seperti rutin biasa dimulakan dengan meletakkan tuala di tempat penyangkut kecil putih yang dibeli di DIY dan mencapai berus gigi dan meletak ubat gigi berflorida dan kemudian terus menjalankan rutin harian. 7.45 selesai mandi dan terus ke bilik sebelah mencapai baju kemeja putih berjalur halus biru hitam yg sudah agak lama usianya dan melorotkan baju itu ke atas meja penggosok
sambil dalam keadaan masih kesejukan pagi bersiap siap hendak ke pejabat seperti hari hari sebelumnya
perjalanan ke pejabat biasanya mengambil masa dalam 45 minit ke sejam bergantung kepada keadaan jalan raya
nampaknya hari ini jalan sedikit lancar dan hanya sedikit sesak di kawasan puchong utama
sambil mendengar laungan lagu dari jolobak ke jolobu
"ah..apa radio ni hari hari ni main lagu ni" luak ahmad
tangan dengan pantas menukar siaran yg pastinya tidak memainkan lagu yang sama
"asalkan bukan lagu yang sama aku puashati"
perjalanan diteruskan dan keadaan jalanraya pagi ini lancar terus sehingga pejabat
"morning sir" kata pengawal yg segak berbaju seragam putih berseluar hitam
fuhh...dia punya morning sir macam aku ni bos pula aku rasa
english dia siap ada slang
masih terngiang ngiang lagi dengan berita kawan yang mendapat bonus sehingga 7 bulan
ya 7 bulan bonus
ahmad mula mencongak gaji kawannya itu
paling koman pun basic 2 ribu kalau kali 7 14 ribu itu belum masuk gaji bulan tu lagi...16 ribu!
sedikit kekecewaan hadir di benak ahmad
0 comments:
Post a Comment