Drama disebalik iOS 7 Jailbreak
1. 22/12/2013, team Evad3rs umum di twitter diorang dah release first version evasi0n7, tool untuk jailbreak iOS 7.0 - ios 7.0.4
2. Berita ini mengejutkan ramai pihak, kerana tiada khabar berita, tiba2 saja dah release jailbreak baru ios 7
3. Kenapa tak tunggu Apple release iOS 7.1 ? Bagaimana jika Apple dah tutup exploit dalam iOS 7.1 nanti? Kenapa evad3rs rushing release jailbreak?
4. Malah, Saurik, lelaki disebalik pembangun aplikasi Cydia, Winterboard etc juga terkejut kerana Evad3rs telah release ios 7 jailbreak tanpa inform Saurik terlebih dahulu
5. Saurik juga membuat pendedahan, Cydia di dalam evasi0n7 versi 1.0 merupakan versi tidak rasmi dan belum betul2 stabil kerana Saurik belum memasukkan lagi beberapa fixes untuk iOS 7
6. Awal pagi tadi didedahkan juga, tool evasi0n7 mempunyai aplikasi tersembunyi yang akan diinstall secara automatik di iDevices yang menggunakan Chinese Language sebagai bahasa default
7. Aplikasi tersebut dikenali sebagai TaiG, atau alternatif bagi Cydia cuma ia dikhaskan untuk Chinese consumer
8. Menurut iDownloadblog, team Evad3rs dah buat deal dengan syarikat China yang mengendalikan TaiG, untuk integrate TaiG bila mana pengguna China jailbreak idevices mereka menggunakan tool Evasion7. Deal dengan TaiG dikatakan bernilai sangat besar (rumor : $1 Million USD) dan adalah deal yang sangat penting bagi team Evad3rs (siapa yang mampu resist 1 juta USD kan?)
9. Malangnya, komuniti jailbreak merasa terkilan kerana tidak diberitahu mengenai TaiG sehingga ia dibongkar awal pagi tadi. TaiG juga dikatakan mempunyai 'security risk' kerana data boleh dibocorkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan pengguna itu sendiri
10. Pengguna evasi0n7 yang tidak menggunakan Chinese language tidak mempunyai TaiG tetapi adalah difahamkan jailbreak versi awal ini tidak digalakkan guna kerana belum betul2 stabil.
11. Rumor juga mengatakan, evad3rs terpaksa release jailbreak lebih awal daripada perancangan kerana ada 'team lain' yang sedang berusaha untuk release jailbreak iOS 7. Nama2 yang disebut ialah team Saurik dan Geohot.
12. Tl,DR (terlalu panjang, tidak dibaca) jailbreak iOS 7 kali ini release terlalu awal kerana ada politik dan agenda di sebalik komuniti jailbreak. Yang jailbreak awal, kalau ada bugs, crashes etc, terpaksa sabar dulu kerana itu pilihan anda sendiri.
13. Nasihat daripada kami, macam dalam post before ni, tunggu jailbreak stable dulu baru buat. Agak tak best jugak, bila dapat tahu jailbreak kali ni release terlalu cepat sebab ada agenda di sebalik tu.
Sumber: twitter Saurik dan idownloadblog. Ditaip menggunakan iPad, maaf jika ada typo or words yang tak jelas.
Update : Evad3rs sudah disable automatic installation TaiG menggunakan tool evasi0n7.
yg suspen data peribadi tu... kene no akaun password semua tu... serrram
aku decide not to jailbreak at the moment
aku decide not to jailbreak at the moment
tunggu stable
0 comments:
Post a Comment