MY.TEMPAT

[Monday, January 28, 2019]

Apa khabar Fathia Latiff 2019

0 comments


Hai awak, mana awak menghilang, dah lama tak nampak awak
tahun 2018 boleh kata tahun kontroversi utk Fathia Latiff
aku harap dia dapat kembali seperti mana macam dahulu, decent je

[Sunday, January 27, 2019]

Wonda Zero Max Latte

0 comments


Lama cari air ni rupanya dekat 7eleven ada je banyak, hampeh betul
Zero max ni ada 2 version, satu mcm kopi ais (original), satu lagi jenis macam dalam gambar ni, kopi susu (latte)

Apa yang pasti kedua-duanya memang sah kurang gula/kurang manis

Sapa yang jenis rajin order air kopi kurang manis boleh cuba minum wonda zero max latte ni

Rasa dia memang betul-betul kurang gula dan sesuai kalau yang tak suka minum manis sangat

Pada aku memang boleh masuk dan ok

Harga dia dekat 7eleven Rm2.30

[Monday, January 21, 2019]

Lunch nasi ayam bakar

0 comments



Hari ni hari Thaipusam tapi kene kerja
Lunch lambat sikit sebab kat luar panas terik nak hujan gayanya
Biasekan dengar orang cakap kalau panas lain macam maknanya hari nak hujan

Balik kepada cerita menu lunch ni
Nasi ayam bakar, portion ayam 1/4, lepas tu ayam dia size memang besar, bukan macam ayam tak cukup makan
Set dia datang dengan timun, sambal belacan dengan kuah kari kosong

Nasi ambik sendiri lantak la nak banyak mana pun atau nak tambah sekalipun, aku selalu makan amik nasi separuh je, tak larat kau

Harga dia 1 set sekali dengan air biasanya dalam RM7
Btw, air aku selalu layan limau ais ataupun sirap

Selain dari ni ada jugak set bawal, set ayam penyet, lele penyet, lauk2 makan tengahari pun ada jugak

Kalau nak try korang waze atau google map tu search makan makan batu 3, shah alam
Cari gerai ke-2 dari hujung yang first, nama gerai ni Rosdee
Dekat posting ni pun aku ada tag location

HELLO 2019

0 comments

Hah, lama gila tak update blog ni
hari ni boleh sesat dekat blog
punca dia sebab aku baru dapat balik password utk akaun ni
sampai lupa kewujudan email utk blog ni

Anyway, aku ada another email address yg biasa aku bukak dan maintain dari 2008 sebenarnya
akaun email yg aku maintain utk blog pakai email lain, hence reason why aku jarang-jarang buka sebab lupa password dan lupa blog parking dekat email yg ni!

Sibuk dengan urusan dunia sebenar, 'real world' out there
jarang-jarang dah dengan urusan dunia blog ni

Harap-harap tahun 2019 ni ada sinar bercahaya bergemerlapan utk blog ni

Rasa masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2019!


[Thursday, June 28, 2018]

World cup 2018 korea vs germany

0 comments

Menarik perlawanan bolasepak world cup 2018 awal pagi tadi bermula jam 2 pagi

Perlawanan di antara Korea dan Germany

Keputusan perlawanan adalah kemenangan memihak kepada Korea dengan jaringan pada minit terakhir

Yang menariknya 2 gol dijaringkan dalam tempoh berselang 3 saat antara gol pertama dan gol kedua

Yang lebih menarik ialah gol kedua yang mencetus viral netizen

"Penjaga gol kat mana"

Antara ungkapan yang menggelikan hati tetapi saya percaya amat perit bagi peminat dan penyokong Germany apatah lagi pemainnya yang mungkin terpinga-pinga dan memikirkan apa yang sedang berlaku

#penjagagolkatmana
#goalkeeperholiday
#keeperjalanjalan
#korea
#germany
#worldcup18

[Saturday, May 19, 2018]

Senarai Kabinet Malaysia 2018

0 comments



Tengok profile masing-masing nampak ada pembaharuan besar ke atas barisan-barisan kabinet malaysia 2018 yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
hari Isnin nanti mereka ini akan mengangkat sumpah di istana negara

majulah Malaysia!
semoga menggalas tanggungjawab terhadap rakyat
bak kata seseorang, wakil rakyat ni hamba kepada rakyat, bukan raja

SENARAI KABINET MALAYSIA 2018
PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail *JEMAAH MENTERI*
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Puan Zuraida Kamaruddin (Ampang)
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran Murugeson (Ipoh Barat)
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

[Thursday, May 17, 2018]

Video mat sabu dan lim guan eng

0 comments

Pengalaman Mat sabu dan Lim Guan Eng pernah sama-sama sewaktu dalam tahanan

Lim Guan Eng ckp kari kepala ikan Mat Sabu masak sedap
No wonder sbb mat sabu dulu belajar kulinari

FANS