MY.TEMPAT

[Sunday, July 9, 2017]

Bekal Wonda Arabica

Tadi petang nak keluar duit kat petronas terperasan tin wonda baru yang ni
tak pernah nampak pula

Wonda Arabica

ingat nak beli sekali tak jadi sebab tak sejuk
nampak sangat baru letak kat rack

pastu malam singgah isi minyak kat shell terus cari wonda arabica ni.. jumpa! dan sejukkk.. sambar terus setin sebab nak test dulu rasa dia ok boleh masuk ke tak

teman ni memang peminum tegar wonda coffee ni
boleh kata hampir setiap hari mesti kena setin

selalunya amil flavour kopi tarik sana latte

lepas try wonda arabica ni
rasa dia agak plain, macam kopi o
tapi beza kopi o dengan arabica ni terasa biji kopi arabica nya.. situ je beza dia

teman tak boleh masuk sangat
boleh la takat nak minum tapi biase² je

nampak gaya still akan stay dengan flavour wonda kopi tarik sama wonda latte

#wondaarabica
#wondakopitarik
#wondalatte

0 comments:

Kaki skodeng