MY.TEMPAT

[Wednesday, March 6, 2013]

kereta mercedes helmi the gimmick terbakar


yang penting kereta selamat broooo
eh silappppp
yang penting nyawa selamat brooo

tak tau ni apa punca terbakar ni

jom baca berita

Kuala Klawang: Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Helmi Harun Tahir atau lebih dikenali sebagai Helmi Gimik, melalui pengalaman ngeri apabila keretanya terbakar di Bukit Tangga dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Helmi, 52, bersama dua pembantu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Baru Nilai, selepas mengadakan persembahan di program Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di FELDA Pasoh 4 dekat, sini.
“Ketika memandu, tiba-tiba saya terbau asap dan apabila melihat penunjuk suhu, tiada perubahan menunjukkan enjin kereta terlalu panas.
“Saya tidak sedap hati, lalu memberhentikan kereta di tepi jalan dan membuka bonet. Sebaik dibuka, asap lebih tebal keluar dari enjin kereta,” katanya di tempat kejadian.
Helmi berkata, dia dan dua pembantunya bergegas mengeluarkan pakaian, alat muzik dan peralatan persembahan dari kereta.
Tidak lama kemudian, katanya, terdengar bunyi letupan dan dalam sekelip mata, Mercedes Benz E 240 berkenaan terbakar.
Katanya, mereka bersyukur kerana terselamat walaupun mengalami kerugian RM200,000. 

0 comments:

FANS