MY.TEMPAT

[Thursday, August 2, 2012]

jenis jenis mercun yang popular


ni nama dia mercun katak, bila bakar dia melompat lompat merata rata. bahayanya boleh terloncat masuk kain pelikat dan membahayakan. aku dulu oter sket bukak benang dia lagi meriah dia loncat


mercun lalat/tebuan, kena pegang baru feel. bila bakar pastu baling tinggi2 dia akan terbang dan keluarkan bunyi macam bbbzzzzztttttt


mercun papan/padi, leraikan2 sumbu dia keluarkan benang yg ikat dia jadi la dia satu satu baru jimat dan syok sket main dia. sakat adik beradik atau sepupu sepapat baling ke arah diorang. bunyi dia kira boleh tahan kuat dah tapi tak power sangat


mercun cina, besar dari mercun papan/padi. pun sama leraikan2 dia bunyi kuat tapi tak padu macam mercun padi. pun sama pedajai orang baling kat orang


mercun gasing, bila bakar dia berpusing macam gasing. aku dulu bakar pastu tendang2 kat orang bagi orang lari lintang pukang


thunderclap, bila bakar dia siap bunyi nyaring ke atas pastu meletop. ada yang meletop sampai 2 kali. pause kejap meletop pastu terbang tinggi lagi dan meletop lagi. sesuai utk serang menyerang


mercun mancis, nak hidupkan senang tak payah cucuh api. kesek je kat kotak dia pastu baling meletop. bunyi dia lagi power kuat dan padat beza dengan mercun padi


mercun ketupat, ni pun bakar pastu meletop. nak mujarab baling kat orang terutama anak dara@mak dara yang tengah syok bergossip


mercun bola ni paling sesuai utk dibawa ke medan perang. mujarab dan boleh diharap


mercun das ni sesuai utk intipan atau umpanan atau mengetahui lokasi penyerang

tapi ada part yang tak best

PUTRAJAYA 14 Okt (Bernama) -- Larangan bermain semua jenis mercun dan bunga api pada hari-hari perayaan yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan sejak 1995 masih kekal, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Chia Kwang Chye.

Bagaimanapun, kata beliau bunga api jenis "pop-pop" dan permainan "Happy Boom/Magic Pop" dibenarkan kerana ia tidak mengandungi bahan membakar dan tidak membahayakan.

"Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak Kerajaan mengenai perkara ini bagi mengelak berlakunya kecederaan diri, kematian dan menjadi punca kebakaran," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Beliau memberi peringatan adalah menjadi kesalahan mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

0 comments:

FANS