MY.TEMPAT

[Monday, July 23, 2012]

buka puasa 22 july

Ni projek buka puasa semalam
Bergedil

Anda kenal bergedil?
Ni pun mula2 macam tak jadi nak buat sekali dalam pukul 3.30ptg macam tu jadi buat pulak
Pegi kedai jap beli barang2 dia pastu terus operate

Rebus ubi kentang 3kg sampai empuk
pastu lenyekkan (senang je ni)
lepas tu masukkan daging cincang ataupun ayam cincang yg readymade tu je
gaul gaul pastu masukkan daun bawang yg dicincang
pastu daun sup yg dicincang pastu garam utk perasa dan tak lupa bawang putih campur bawang merah goreng
sukatan tu agak2 je utk bergedil yg ada tu

last skali apa lagi kasi bentuk bentuk la pastu celup dalam telur dan goreng sampai la masak
lepas tu siap

tunggu la azan baru boleh rasa



ni fasa menggaul nama dia


dah gaul tu masukkan la dalam bekas, dalam kes ni loyang tabur sket tepung gandum biasa supaya dia tak melekat kat dlm loyang tu


ni lah hasilnya, boleh tahan banyak la boleh dapat pasal buat kecik2, boleh pakai utk sahur esok paginya pulak


yang ni menu sampingan antara yang ada cendawan goreng
ni pun kacang je masak dia gaul dengan tepung goreng instant tu pastu goreng siap


yang ni lagi la instant, paling instant dalam banyak2 gambar kat sini
tunjuk je kat pasar ramadhan bukit indah tu ha.hehe
Briyani kambing RM7 utk 1 hidangan, yg ni kira 2 hidang

Alhamdulillah

0 comments:

Kaki skodeng