MY.TEMPAT

[Monday, November 28, 2011]

Suasana kampung


Suatu petang lepas sedap kena kek biru aku pun lepak depan rumah ambik angin petang
Dah berapa hari ni asyik hujan je ptang petang
Baru petang ni dapat menikmati suasana kampung di petang hari
Deruan motor he hulu ke hilir diselangi dengan kehadiran beberapa buah kenderaan dan jentera ringan yang melalui jalan hadapan terasa begitu aman dan damai sekali sambil menghirup udara di petang hari
Datang pula sekumpulan kanak kanak dan anak anak kecil berlari sambil berkayuh basikal ketawa riang kejar mengejar sambil berketawa kuat menunjukkan betapa mereka menghayati cuaca dan cuti sekolah ini
Kelihatan diseberang jalan pasangan pengantin baru yang baru sahaja pulang dari pulau pinang sedang bermesra dan ketawa kecil mengait rambutan yang hampir habis

Tiba tiba
Terdengar suara memekik dari jalan masuk memanggil namaku "shah"
Aku lantas mengalihkan pandangan dan lirikan mata meneka siapakah dia yang menunggang motorsikal yamaha lc sambil memangku anak kecil di bakul hadapan. Aku cuba mengingatkan wajah itu kembali siapa dia
Apa bila motor semakin menghampiri baru dapat ku cam siapa dia, rupanya Man jiran sekampung

Man: Cuti ke?
Aku: A'ah, ni anak ko ke?
Man: Ye lah sapa lagi, bila ko balik KL
Aku: kejap lagi aku nak balik la ni, tgh ambik angin jap
Man: sekejap sangat cutinya, ambik la cuti lama sikit, boleh lepak dengan aku sambil bajak sawah tu
Aku: cuti lama pun tak reti nak buat apa la man. Berapa dah anak ko ni? Lama aku tak nampak ko
Man: Yg kecik ni masuk 4
Aku: Pantas betul ko
Man: duk kampung camni la, apa nak buat, buat anak je la
Aku: hahah
Man: ko keje tempat sama lagi ke? Tak bawak makwe KL balik ke
Aku: tempat sama tu lagi, mana lagi nak pegi, makwe ramai tapi tak ada yang nak ikut balik kg la man
Telefon bimbit nokia butterly man berbunyi. Ringtonenye bunyi standard je. Ring ring bunyi dia
Man: ye, kejap lagi saya sampai
Man: ok la shah, aku kene gerak dulu, bini aku mintak serbuk perasa nak goreng ayam tu. Ada tempahan nasi ambeng. Singgah rumah aku sebelum balik kita makan nasi ambeng dulu
Aku: ok tengok la macammana nanti

Man pun menyuruh anaknya salam aku sebelum balik dan aku pun bersalam juga dengan man sebelum man menderu motornya ke jalan kembali
Seronok suasana kampung macam ni
Teringat bawak bajak, mancing kat parit, dah lama tak buat
Dah nak pukul 6 ni
Aku nak siap siap gerak balik KL


Send from phone

0 comments:

FANS