MY.TEMPAT

[Wednesday, November 23, 2011]

Kecoh lagu yuna penakut ditarik balik kemenangan



Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 18 yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.

Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

GUA sedang cuba untuk menghubunyi wakil penganjur RIM dan AIM18 bagi mendapatkan reaksinya.

Yuna dalam akaun Twitter miliknya enggan menjawab sebarang pertanyaan dan meminta setiap persoalan diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.


Sent from my iPad

2 comments:

Siti Zulaikha Olivia | November 23, 2011 at 9:41 PM

sian Yuna...

Unamn | November 24, 2011 at 9:56 AM

hurm dah tak de rezeki nk buat mcm mne kn?

FANS