MY.TEMPAT

[Saturday, November 26, 2011]

Fiske steakhouse @au2 keramat


Cerita semalam. Pegi makan dekat fiske steakhouse dekat au2 keramat. Tak ingat kat mana tapi rasanya haritu ada terbaca blog ataupun dekat fb cakap pasal makan dekat fiske steakhouse ni sedap. Aku pun apa lagi, pegi terjah la malam semalam

Cara nak menyampai ke sana tu ikut mrr2 lepas tu nampak signboard AU tu exit ke kiri (ni cerita menghala ke zoo negara dari ampang). Lepas exit ke kiri signboard AU jumpa rondabout kat depan dalam 200 meter then ambik pukul 9 aka simpang kiri lepas tu jalan terus dalam 700 meter gitu tengok belah kanan akan nampak kedai fiske steakhouse ni. Aku pegi pun pakai GPS nokia pasal tak pernah sampai kat fiske ni. Landmark dia kilang pernec sebelah kiri elok je lepas pernec tu tengok kanan seberang jalan akan nampak la fiske steakhouse ni

Malam tu aku dengan family parents makan western. Selain dari western dia ada jugak menu satay, set nasi putih dengan asam pedas. Kami bedal beef steak grill, chicken grill, dory grill, mushroom soup with garlic bread, sama asam pedas daging

Komen aku western dia cam biasa. Maybe sebab aku pernah makan yang lagi better kot ataupun expectation tinggi kot

Aku selalu kalau western ni makan dekat stable steak house kampung baru sana. Situ memang feveret kami

Tak tau la. Kena pergi sana try sendiri ikut pendapat masing-masing

P/s: syukur alhamdulillah


Send from phone

0 comments:

Kaki skodeng