MY.TEMPAT

[Saturday, October 29, 2011]

cita-cita gua pulak masa kecik dulu

gua terpanggil lak nak sambut cerita dari cita-cita kat sembang kencang sana
gua pun sama gak la macam dia tu
masa kecik punya cita-cita langsung tak sama dengan apa yang wa keje skang ni
gila la bila gua ingat balik cita-cita wa masa gua kene tanya dengan teacher sama cikgu masa sekolah rendah dulu

yang paling gua ingat ada 3, yang lain-lain tu rupanya ilusi gua je
(mungkin atas sebab-sebab faktor luaran yang mempengaruhi wa)

1. Polis trafik
gila kentang la bila wa ingat balik cita-cita ni, punya banyak keje polis yang ada wa boleh lak specifik cakap ngan cikgu tu wa nak jadi polis trafik, gua masih ingat lagi alasan kuat wa pilih polis trafik tu pasal wa nampak polis trafik naik motor besar pastu bila ikut bapak wa pegi bayar saman wa siap tanya lagi polis tu motor ni beli sendiri ke? pasal jawapan polis tu bagi takde la motor ni free, bawak jer, tu pasal wa terus pilih nak jadi polis trafik pasal wa ingat boleh dapat motor besar free, tak payah susah-susah nak mintak bapak wa beli motor besar bila besar nanti

2. Doktor
kalau wa tak silap la kan, cita-cita ni datang masa wa dapat keputusan periksa darjah 3 nombor 2 dalam class, masa tu wa rasa wa dah cukup terer, dah cukup setanding, dah cukup pandai untuk jadi doktor dengan keputusan periksa wa nombor 2 tuh. terus gua rasa kerjaya polis gua dulu tu tak setanding dengan nombor periksa yang gua dapat, masa tu gua rasa gua patut keje senang, duk klinik cek cek suhu pastu kasi ubat, punya senang keje

3. Cikgu
ni antara last choice gua bila class pendidikan islam, gua jadi pelik setiap kali kalau class pendidikan islam jawapan gua mesti nak jadi cikgu. gua cuba ingat-ingat balik tak silap gua cita-cita ni gua petik masa gua form 2, pasal apa? pasal masa tu cikgu gua cerita keje dia senang siap boleh tido2 dalam class, dia datang class bawak buku pastu kasik soalan pastu duduk pastu tido. gua rasa keje ni memang sesuai dengan gua time tu pasal tiap2 malam masa kat asrama dulu ada study malam sampai pukul 10 yg mana gua rasa gua patut main atau tido je

kesudahannya? nanti gua sambung balik citer gua ni

gua harap entry gua ni terer sikit dari fdaussamad sembang kencang tuh, entry gua lagi detail bang, haha

1 comments:

Anonymous | December 3, 2011 at 6:07 AM

Cool article at least I think so. Thanks for sharing that data.

Brand Davidson
gps jam

Kaki skodeng