MY.TEMPAT

[Tuesday, January 11, 2011]

dulu-dulu #9 lampu gasolin


rasanya ramai yang pernah tengok lampu gasolin ni
tapi tak tau la pernah operatekan ke tak lampu gasolin ni

aku sendiri pernah tolong bapak aku pasang lampu ni bila nak masuk maghrib
jenuh jugak masa mula2 aku belajar nak hidupkan lampu gasolin ni
kena tuang minyak gasolin pelan-pelan
lepas tu kene pam
lepas tu sambil pam pelan-pelan cucuh api kat sumbu lampu gasolin ni

masa mula2 tu ada jugak fail pasal pam laju sangat, pam banyak sangat
sampai bila nak hidupkan api dia sumbu dalam tu terbakar
memang sensitif gila la aku rasa sumbu kat dalam tu

tapi lepas beberapa kali trial at last terer dah pasang lampu ni

lampu ni ada lagi dalam stor rumah aku
tapi tinggal tapak dia je la
yang cover dia kaca tu semua dah pecah

kenangan betulla lampu ni

agak2 lampu dia dah malap ko pam je gas tuh

sekarang kalau rumah korang blackout boleh la pakai lampu ni
tapi kan harga gas la pulak mahal
kan baru naik baru2 ni harga gas tu

1 comments:

fadhdeela | January 11, 2011 at 10:31 AM

hahaha pernah guna dulu..mmg klasik! bau minyak 1 umah masa tuang minyak tu.. :P

Jom singgah: Awek kena rogol didepan BF!

Kaki skodeng