MY.TEMPAT

[Sunday, October 22, 2017]

Mamee perisa karipap

0 comments


Pergi kedai runcit yang aku biasa pergi tu nak beli air nenas sekali terpandang mamee oren. Terasa macam ada pelik sikit, bila aku mendekati beliau maka sah lah beliau baru lahir

Mamee perisa karipap!

Aku tak dapat nak describe rasa karipap dia kat mana
Cuma rasa mamee dengan ada macam serbuk kari dalam mamee tu tapi tak terasa sangat pun
Lebih kepada nampak rupa ada serbuk kari tu

Kepada yang nak merasa mamee karipap ni baik cepat sebab rupa-rupanya mamee ni limited edition je uols


[Friday, October 20, 2017]

6 sebab kenapa roadtrip yang korang penat2 plan asyik cancel je. #5 tu paling benci!

0 comments

6 Sebab Kenapa Roadtrip Yang Korang Penat-Penat Plan Asyik Cancel Je. #5 Tu Paling Benci!

[Wednesday, October 18, 2017]

Polperro Seksyen 13, Shah Alam

0 comments


Pergi kedai bunian, kedai tutup
Terus u-turn balik pergi terus seksyen 13

Terus teringin nak makan chicken chop
Polperro lah tempat paling sesuai nak tunaikan hajat dan keinginan ini

Crowd ramai memandangkan esok public holiday deepavali
Tapi servis kat sini bagus, laju dan ok pada aku

Tips nak dapat makanan dengan pantas ialah bila dia bagi kertas menu tu ko cakap nak order terus itu jam juga
Lagipun ko dah target nak makan apa kan
Orderlah terus tak payah buang masa
Air pun ambil apa yang terlintas kali pertama dalam minda

Order
-black pepper chicken chop Rm9.90
-lemon ais Rm1.80

Tak sampai 10-15 minit dah sampai
Boleh makan dan isi perut
Yehaaa

[Tuesday, October 17, 2017]

Ofo bike di a famosa resort melaka

0 comments

Ofo bike di a famosa resort melaka
Aku pun tak ketinggalan nak mencuba perkhidmatan ofo bike ni

Caranya download apps ofo bike dan boleh guna basikal ni dengan scan barcode yang ada pada basikal atau key in nombor basikal dan password untuk buka kunci ofo bike akan terpapar

Masa aku guna ni aku ada pakai kupon free bernilai Rm1, dpt la bawa 15 minit free

Ok juga, keluar peluh
Cuma yang tak best, basikal ni tiada gear utk laraskan kelajuan ikut muka bumi mcm mountain bike, kalau kena naik bukit atau permukaan yang tak rata, elok tinggal je la basikal ni tepi jalan, jalan kaki lagi baik dari kayuh dekat bukit

Bilik a famosa resort melaka

0 comments


Bilik a famosa resort melaka
Ini la rupa bilik superior deluxe dekat a famosa resort ni
Besar dan luas cuma keadaan sesetengah tempat tu macam design lama dan dimamah usia, dah usang
Patut resort ni kena baiki atau ganti bahagian yang usang tu

Freeport a famosa melaka outlet

0 comments


Freeport a famosa melaka outlet
Yang ini gambar snap di dalam butik nike
Butik ni yang paling meriah antara banyak2 kedai dalam freeport melaka ni
Harga ada diskaun, pilihan kasut memang banyal dan rambang mata

Untung orang melaka, rugi kalau tak beli kasut kat freeport ni
Harga bermula dari Rm100 ke atas bagi kasut dewasa

Cowboy town a famosa resort melaka

0 comments


Cowboy town a famosa resort melaka
Kalau sesiapa yabg berhajat nak kemari, masuk dalam pertunjukan dalam ni elok masuk pukul 8 malam
Pertunjukan atau perarakan yang dipanggil carnival bertema start pukul 8 hingga pukul 10 malam
Diakhiri dengan dentuman bunga api di udara menandakan pertunjukan telah berakhir
Harga tiket nak masuk tengok perarakan setakat bulan october 2017 ialah Rm36

Asyik betul ayam kenny rogers

0 comments


Memang padu ayam kenny rogers ni
Senantiasa menjadi pilihan saya

Kalau compare dengan ayam nandos
Saya lebih prefer kenjy rogers
Kalau dah takde option lain nandos pun boleh
Tapi priority tetap pada ayam kenny rogers!

FANS