MY.TEMPAT

[Friday, July 14, 2017]

Set bawal goreng campur kuah kari sambal kicap

0 comments

Lambat pulak makan selasa lepas. Punya banyak keje nak kena attend sebabnya, pukul 3 baru sempat kuar makan

nasib baik kedai ni buka lagi dan aku orang last rupanya sebelum kedai bawal goreng ni lemas tutup kedai
ni namanya rezeki

yang bestnya kedai ni nasik ko nak refill brapa kali pun takpe pasal nasi ko isi la sendiri

puas.. mmg laku keras set bawal goreng ni

[Sunday, July 9, 2017]

Bekal Wonda Arabica

0 comments

Tadi petang nak keluar duit kat petronas terperasan tin wonda baru yang ni
tak pernah nampak pula

Wonda Arabica

ingat nak beli sekali tak jadi sebab tak sejuk
nampak sangat baru letak kat rack

pastu malam singgah isi minyak kat shell terus cari wonda arabica ni.. jumpa! dan sejukkk.. sambar terus setin sebab nak test dulu rasa dia ok boleh masuk ke tak

teman ni memang peminum tegar wonda coffee ni
boleh kata hampir setiap hari mesti kena setin

selalunya amil flavour kopi tarik sana latte

lepas try wonda arabica ni
rasa dia agak plain, macam kopi o
tapi beza kopi o dengan arabica ni terasa biji kopi arabica nya.. situ je beza dia

teman tak boleh masuk sangat
boleh la takat nak minum tapi biase² je

nampak gaya still akan stay dengan flavour wonda kopi tarik sama wonda latte

#wondaarabica
#wondakopitarik
#wondalatte

[Friday, July 7, 2017]

Comei gila coklat penguin ni

0 comments

Tengok la penguin ni
ni sebenarnya coklat penguin dari U.K org bagi
siap menari-nari lagi

[Thursday, July 6, 2017]

bento sotong taucu

0 comments

ni bekal makan keje malam 2 hari lepas
banyak kedai masih tutup sempena raya
makanya kena le teman bawa bekal makan malam kalau tak berlapar la sampai esok pagi

menu on the spot je ni tengok apa yang ada dalam peti ais

tak pernah lagi masak sotong taucu, plan asal masal sotong goreng kunyit je tapi tak ada kuah pulak.. nak basah sikit jadi teman buat sotong masak taucu

menjadi.. kikiki
selamat dah masuk dalam perut
alhamdulillah kenyang.. 

sotong taucu nama diberi
tidak lagi aku ternanti²

[Wednesday, July 5, 2017]

nur fathia latiff 2017

0 comments

comel je fathia latiff tahun ni
sila la maintain comel ye

plate perak AKU 1-9999

0 comments

orang tengah sibuk² pasal nombor plate AKU 8055 yang membawa maksud "aku boss"

ada je idea diorang ni..AKU 8481 bersamaan..
korang baca lah sendiri

serbu 7eleven aiskrim beli 1 percuma 1

0 comments

buat yang tak tahu, sempat lagi untuk ambil tahu
kalau nak tahu 7eleven buat promosi beli 1 percuma 1 untuk aiskrim cornetto
cumanya harga dia bukan lah seringgit mcm promosi² dia yang laku keras sebelum ni
but pada aku worth to buy kalau memang kaki aiskrim, why not?

promosi berakhir pada 24 july di 7eleven berdekatan anda.. beli 1 percuma 1

Jem sebab lamborghini avantador accident dekat terowong batu 3

0 comments

jem panjang waktu puncak pula tu
time orang nak balik kerja terutama warga kerja dari subang hitech industrial park

jem sebab accident keta mewah lamborghini avantador atau singkatannya "lambo"
berderet org memperlahankan kenderaan sebab nak tengok
tak tahu apa yg ditengok, samaada kereta tu ataupun nak tengok pemandu kereta tu

kalau perasan tengok dekat number plate dia baru sangat.. VE36

rabak tayar lambo ni
polis bukan main ramai jaga ni

semoga semua yang terlibat dalam kemalangan lambo ni baik hendaknya

[Sunday, July 2, 2017]

Peti pos unik

0 comments

pagi ni bangun start motor ronda kawasan kampung
tengok dan tinjau² suasana kampung waktu pagi
aman, sunyi, damai, tenang, selesa

sampai dekat lorong 1 ni teman perati ada makcik sedang edarkan kad jemputan dari rumah ke rumah
sampai aku ke rumah yg ni..
teman tersentak sekejap

peti pos dia..... pakai oven! unik habis

apa peti pos lain yg unik?

FANS