MY.TEMPAT

[Thursday, July 30, 2015]

Serpihan pesawat dijumpai mungkin kepunyaan MH370

1 comments

Serpihan pesawat dijumpai mungkin kepunyaan MH370

Berita pagi ni, hopefully ada clue it is MH370
walaupun pahit tapi at least kita tau kesudahan cerita MH370 yang masih misteri hingga kini



Mudah2an ada petunjuk positif atas penemuan terbaru ni

[Wednesday, July 29, 2015]

Bangunan Polis Bukit Aman Terbakar

0 comments


Kejadian petang tadi
Katanya tingkat 9 terbakar
Bangunan polis bukit aman kl
Punca dikatakan sebab puntung rokok yang mengenai kertas
Mudah mudahan tak ada yang cedera

[Tuesday, July 28, 2015]

From my point of view #meegoreng

0 comments

Kalau tengok mee goreng ni nampak menyelerakan dan membangkitkan selera
Sekali bila teman ngap dan godek2 adess
Pedas amat dan berminyak, isinya pula cuma sepotong ayam yg kecil
Apalah meniaga macam ni, tak ikhlas langsung
Bagai melepas batuk di tangga
Harga dia? Rm5
Mmg teman boikot kedai ni

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi TPM baru Malaysia 2015

2 comments

Tergempar sungguh kan

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi TPM baru Malaysia 2015 berkuatkuasa 29 Julai 2015



Ingatkan troll, rupanya memang sahih berita ni, TS muhyiddin yassin tak ada jawatan apa2 pun

apalah agaknya yang akan terjadi lepas ini kan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan. 
Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan namun perbezaan pendapat di kalangan anggota kabinet tidak seharusnya dilakukan melalui forum terbuka.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama,” jelas beliau ketika mengulas keputusan menggugurkan Muhyiddin.

Peralihan jawatan TPM itu akan berkuatkuasa 29 Julai 2015 (esok).

“Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kerajaan,” kata Najib lagi.

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas


Senarai Penuh rombakan Kabinet setakat ini...
1. Datuk S. Subramaniam - Menteri Kesihatan
2. Datuk Liow Tong Law - Menteri Pengangkutan
3. Datuk Ahmad Maslan - Timbalan Menteri Perdagangan A'bangsa
4. Datuk Saleh Keruak - Menteri Komunikasi n Multimedia
5. Datuk Idris Jusuh - Menteri Pengajian Tinggi.
6. Datuk Mustapha Mohamed - Menteri Perdagangan A'bangsa
7. Datuk Hishamuddin - Menteri Pertahanan
8. Datuk Madzhir Khalid - Menteri Pendidikan
9. Datuk Husni Hanadzlah - Menteri Kewangan II
10. Datuk Hamzah Zainuddin - Menteri KPDNKK
11. Datuk Ismail Sabri - Menteri Kemajuan Luar Bandar..
Jawatan Timbalan Menteri Kewangan yg sebelum ni disandang Ahmad Maslan digugurkan..
1..Datuk Mahyuddin Yassin - GUGUR..
2. Datuk Hasan Malek - GUGUR
3. Datuk Shafie Afdal - GUGUR


[Monday, July 27, 2015]

10 menu untuk open house raya

1 comments

Jom teman nak share view teman sementelah berkunjung ke beberapa open house tahun ni



menu untuk open house raya 2015
  1. Nasi tomato
  2. Mee bandung
  3. Bihun soto
  4. Laksa
  5. Mee kari
  6. Satay
  7. Nasi impit + rendang ayam/kuah kacang
  8. Bihun/mee sup
  9. Nasi minyak
  10. Lontong
dekat atas ini antara hidangan popular open house setakat ini, ke beberapa rumah yang teman kunjungi, nampak gaya menu menu antara yang banyak di hidangkan di open house open house

nak tengok open house mendatang ada tak menu yang unik

tunggu...

[Wednesday, July 15, 2015]

8 Sebab Kenapa Raya Dulu Lebih Ohsem

1 comments

8 sebab kenapa raya dulu lebih ohsem

Lebih terkesan kepada mereka yang lahir dalam tahun 70'an dan 80'an, geng 90'an ke atas rasanya dah tak merasa sangat ke ohseman raya

1. Trend sekarang kalau bertandang ke rumah sedara mara ataupun rumah orang benda pertama yang ditanya, scan dulu wifi lepas tu mintak password, tak gitu? beza zaman dulu kalau pergi beraya kita makan apa yang ada dan tunggu sampai habis masa dan menari narikan kaki tunggu tuan rumah nak bagi duit raya

2. Dulu kuih raya kalau terhidang 13, kesemua 13 tu lah tuan rumah buat sendiri tak kiralah walaupun kuih tu susah macammana, mesti akan buat jugak, kalau bukan tuan rumah yang buat, opah dia yang buat. tapi compare dengan sekarang walaupun 5 kuih yang terhidang semuanya beli kat market atau kawan-kawan

3. Yang ni mana geng puasa penuh dapat hadiah, tapi teman dulu puasa takde dapat hadiah apa pun, dapat beraya adalah. rasanya start penghujung tahun 90'an baru dengar benda macam ni, kalau puasa penuh dapat hadiah duit ikut hari yang dia puasa, tapi sekarang ni demand lagi tinggi, budak budak sekarang tak mintak duit, dia mintak beli gadget, koman2 pun tab, kopak mak pak nya

4. duit raya dulu main sen sen je zaman teman kecik, 20 sen pun ada, tapi sekarang kau bagilah 20 sen mau di pulang balik dek budak tu, 20 sen beli apa pakcik? haha, sekarang duit raya kalau bagi singgit budak dah pandang semacam, bersyukur lah nakkk

5. Yang ini memang legend habis, rasanya hampir pupus dah, walaupun dalam tv kita nampak masih ada orang yang hantar kad raya, tu semua sebenarnya nak mengingatkan balik bahawasanya dulu dulu orang pakai kad raya. tapi sekarang ni semua free je send via whatsapp, intagram, fb, kalau pakai kad ni memang makan belanja sikit, dengan duit kad, dengan bilangan kad, dengan duit setem lagi, kena pergi pejabat pos lagi, kerja renyah, sekarang semua hujung jari, tak sampai sesaat dah sampai

6. No 6 ni aku rasa sekarang ni pun masih havoc main mercun/bunga api, tapi sekejap je, kalau dulu main mercun tiap2 malam bila malam 7 likur orang kata, tapi sekarang esok nak raya baru depa ni sibuk nak main mercun/bunga api, yang golongan dewasa sikit dok melepek depan tv layan movie yang keluar wayang keluar kat tv, cerita free katanya, apatah lagi pagi raya pun lepas solat raya pun sebenarnya ada yang dah melepek depan tv sampai ke petang!

7. Perihal baju raya ni memang, dulu mostly kalau tanya geng geng ni depa semua pakat hantar dekat tailor ataupun mak dia atau sedara mara dia yang jahitkan, tapi sekarang banyak kita nampak dan dengar semuanya main butik je, tunjuk sana sini butik, myig, visit MyIg, oder online je

8. Yang ni teman rasa paling obvious sekali, dulu kalau lelaki kata cari baju melayu tu standard tapi sekarang ni tak mainlah baju melayu, berlumba lumba pakai jubah, tak nampak ada yang pro and cons, cumanya dah macam tak seragam lah kalau di masjid tu, rasa macam kat timur tengah pun ada

Apapun, raya tahun bila pun, kemeriahannya tetap ada di balik yang lain pula kan, dulu susah sekarang senang, tapi tak tahulah, rasanya sekarang lagi susah, hehehe

Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir Batin!
Berhati-hati di jalan raya!








[Tuesday, July 14, 2015]

Tips Check Kereta Sebelum Pulang Kampung

1 comments

Tips Check Kereta Sebelum Pulang Kampung


Dah nak dekat raya kan? ramai yang sibuk kemas beg kemas kuih raya, kemas duit raya, kemas baju raya, tapi 1, jangan di lupa untuk check condition kereta atau kenderaan yang kita nak bawa untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya tu

Ni teman nak share sikit apa yang patut mengkome check sebelum memulakan perjalanan

  1. Check minyak hitam, coolant (yang warna hijau dekat radiator depan tu), minyak brek (warna merah), dan air windscreen ataupun lebih dikenali sebagai air wiper
  2. Check air filter. pastikan air filter bersih dari kotoran untuk performance kereta dan efficiency
  3. Check dan pastikan semua lampu menyala seperti brek, lampu depan, lampu signal terutama perjalanan malam dan waktu hujan
  4. Check tekanan tayar termasukkan tayar spare. lihat tekanan yang disyorkan pada stiker pintu driver
  5. Check bunga tayar dengan menggunakan duit syiling seposen samaada masih tebal atau botak. kalau dah botak perlu tukar tayar tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini
  6. Pastikan kesemua peralatan pembaikan dan emergency tools dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan
Semoga anda semua yang pulang jalan jauh beraya tu selamat pergi dan selamat pulang ye

[Monday, July 13, 2015]

Tips Check Handphone Original atau Tiruan

0 comments

Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.


Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :

Taip *#06#
Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga original..!!

Sadly telefon teman yang rupanya canggih kebaboom score 02, binawe!! ni yang nak gegar kodai ni!!

Tips mengenali fungsi USB port laptop lenovo

0 comments

Tips mengenali fungsi USB port laptop lenovo

nak kongsi tips fungsi usb port laptop lenovo
kalau kome perasan laptop lenovo ada color coded usb port
hitam, biru, dan yang jarang kita kenal kuning

moh tengok penerangan bergambar lagi mudah bagi komen nak pahamkan apa yang teman maksudkan ni

    1. hitam - usb port normal (speed 2.0), kome boleh cucuk apa2 peralatan usb dekat port yang berwarna hitam ni. contohnya mouse, thumbdrive, keyboard, charger phone dan seangkatan
    2. biru - usb port yang terkini (speed 3.0), kome boleh cucuk hardisk yang support kelajuan 3.0, di mana capaian data adalah laju bila kome copy file dari laptop ke hardisk yang support usb port 3.0
    3. kuning - yang ini punca aku cari apa function usb port kuning ni, rupanya port usb kuning ni boleh cas hp atau power bank walau laptop dalam keadaan off! port usb kuning ni sentiasa on membekalkan power walaupun laptop off. hebatkan? teman pun baru tau hari ni
    ilmu yang kita dapat kita kongsi bersama-sama, semoga ada yang mendapat manfaat dan tidak di kotak katikkan dengan orang lain

    [Thursday, July 9, 2015]

    Celcom First 38

    0 comments

    Korang pasti ada perasan iklan Celcom First 38 ni kan?
    apa yang sangat hebat dengan pakej terbaru celcom first 38 ni ialah data sebanyak 3gb dan boleh carry forward! ya! tak pernah di buat telco lain lagi dalam malaysia ni data broadband boleh carry forward ke bulan hadapan baki yang masih ada

    bukan setakat tu je, tapi juga dapat 3gb complementary celcom wifi iaitu anda boleh connect ke mana2 celcom wifi biasanya dekat mall dan ada tempat2 tertentu, boleh rujuk kat sini untuk celcom wifi >> CELCOM WIFI COVERAGE AREA!!


    yang tak bestnya ialah ianya bakal berakhir minggu depan! sempat lagi kalau korang berlari ke celcom center sekarang utk migrate ke pakej celcom first yang terbaru ni

    Enjoy 3GB Internet + 3GB complimentary Celcom WiFi for life for only RM38/month when you sign up by 16 July 2015.

    ya, 16 july 2015 yakni bersamaan khamis minggu depan sebelum raya

    sila lah berlari ke celcom center sekarang juga ye. teman suggest kome ke celcom center sebab senang nak berurusan, kalau boleh tak payah pergi yang agen celcom sebab ada yang boleh buat ada yang tak boleh buat. bagi mengelakkan anda kelewatan sila ke Celcom Center

    Carry Forward Unused Internet

    FIRST™ by Celcom is the first network in Malaysia to let you carry forward any remaining balance from your allocated Internet to the following month. A maximum of up to 3GB Internet can be brought forward.

    teman pun akan sign up plan ni minggu depan, (biasala malaysian terkenal dengan last minit kan) tapi bukan sebab sengaja, seperti yang teman dah maklumkan tu, pergi celcom agen semua tak nak buat kena pergi center, dah la teman ni nak ke center jauh dan masa center pun terhad

    bak kata pepatah 'usaha tangga kejayaan'

    untuk maklumat lanjut berkenaan Celcom First 38 ni sila layari di sini >> CELCOM FIRST 38

    untuk enjoy semua ni berapa yang anda kena bayar tiap tiap bulan?

    RM38!

    sekarang aku bayar 70+ utk 1gb data oi

    Tips Berjimat Sebelum Raya

    0 comments

    Tentu ramai yang tak sedar kan atau buat buat tak sedar yang raya dah nak dekat
    tinggal lagi 8 hari je lagi nak raya tau

    ni teman share tips sikit macammana mengkome nak berjimat sebelum raya

    1. Bazaar ramadhan - tak perlu beli ikut nafsu tetapi ikut keperluan pemakanan masing-masing. renung kembali corak pemakanan kome sepanjang ramadhan, hari-hari yang lepas, kalau rasa banyak leftover tu, rentikan lah, beli lah mana yang betul-betul perlu sahaja

    2. Fikir berulang kali - sebelum nak berbelanja tu fikir banyak kali dan adakah perlu anda belanjakan duit tu sekarang? mungkin apa yang anda nak beli tu boleh beli selepas raya ataupun bulan depan pun

    3.  Shopping Raya - yang ini punca terbesar menyebabkan bajet kome lari sebenornya, hat ni lah dia, shopping raya! bukan tak boleh shopping, kadang tu teman tengok kome shopping macam naik hantu, main sebat je asal ada duit lagi dalam kocek, walhal masa keluar duit kat depan ATM tu dah keluar bajet sampai penghujung bulan

    4. Duit Raya - yang ini pun antara penyebab penjimatan kome habis begitu sahaja, bukan tak boleh bagi tapi boleh, tapi kata orang ukur baju di badan sendiri. memang duit raya tu sedekah tapi kalau dah sendiri pun tak lepas lagi nak peruntukkan duit raya sampai over bajet. kalau perlu bagi singgit pun, singgit lah asalkan niat tu nak sedekah bukan sebab orang lain bagi aku pun nak bagi, kocek orang lain dengan kocek kita mana sama kan?

    5. Dasar pandang ke hadapan - kome buat lah bajet siap-siap, kalau boleh duit yang ada dalam akaun semasa yakni akaun duit keluar hari-hari tu, dengan duit yang kome nak simpan utk bajet dekat akaun lain, contohnya masukkan dalam ASB ke, masukkan dalam akaun mak ke, ayah ke, supaya nanti kalau emergency lepas raya ada la juga duit sikit lagi utk tampung sampai hujung bulan nanti
    Mana yang dah gaji tu, gaji awal nampak macam duit banyak kan, tapi kome jangan lupe, kome tetap kena berjimat juga kerana gaji tu sebenarnya utk belanja kome bulan depan

    Kecuali,

    Kome dapat bonus tambahan berlebih lebihan, duit increment, backdated pula, memang kome enjoy sakanlah Raya ni nanti

    Apapun bak kata pepatah jangan sampai 'menang sorak, kampung tergadai'

    jangan sampai tabung anak tergadai



    \\Selamat hari raya, maaf zahir batin semua!

    Tingkatkan baca Al-Quran bagi baki Ramadhan yang tinggal

    nuffnang 2015

    0 comments

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers,

    aku pun tak tau ada orang baca lagi ke tak blog aku ni ( ha ha ha )
    sedapkan hati aku assume ada je orang baca utk rujuk posting lama

    punya lah lama sampai nuffnang pun tak sanggup nak jengah blog teman ni lagi

    lihat seperti di bawah



    kecik hati aku dengan nuffnang tau
    tak baik tau, teman ni loyal gile kut dengan kamu nuffnang

    adios

    FANS