MY.TEMPAT

[Thursday, August 27, 2015]

Jualan gudang F.O.S dekat glenmarie shah alam

1 comments


Kepada sesiapa yang berdekatan dengan glenmarie tu atau dalam radius silalah serbu sale f.o.s ni
Memang berbaloi dan jimat
Banyak baju baju seluar
Serbu lah
Sale ni smpai 31/8

Subway giant seksyen 13 buy one free one

0 comments


Gigih la kami beratur dekat giant seksyen 13 shah alam kenangkan acara subway hari ni
Depa bagi buy one free one
Sorang boleh beli maksimum 2 je, any sub pula tu
Kami makan subway chicken teriyaki
Kalau perhati gambo tu pelakon pengacara model dynas mokhtar juga turut sama beratur belakang kami beli subway ni
Esok dah tak ada ye buy one free one
Valid hari ni je
Memang sambutan hangat betul dari jam 12 sampai pkl 2 orang beratur tak putus
Terima kasih subway! Buatlah lagi ye

[Monday, August 24, 2015]

tragedi tayar kena paku

1 comments


kejadian pagi ni masa on the way nak pergi kerja
sedap sedap lalu dekat pohon pohon sakura ni sambil menikmati udara pagi

tak berani nak cakap udara segar sebab bukan udara segar sangat pun
penuh dengan bau asap jerebu dan asap bas

sekali terdengar bunyi lantunan yang tak enak di dengari
"ketek ketek ketek"
dari segi pemanduan tak rasa ada yang pelik tapi dari segi bunyi luaran memang ada bunyi pelik
macam ada benda tersangkut kat tayar
biasanya macam ada kertas tersangkut dengan tayar dek chewing gum durjana

hati pun dah tak sedap sebab bunyinya bila makin laju press pedal minyak makanya bunyi nya pun turut berdentum

cari port berhenti dan berhenti sejenak dan check dekat bahagian tayar depan
bingo!! tayar kena paku deh
mujor tak pancit lagi
terus lah pergi ke kedai tayar berhampiran tapi...

melihatkan jam jarum baru menunjukkan jarum panjang hala ke 11, jarum pendek dekat dengan 8, persis hati, "mana ada kedai buka lagi ni"

park kete depan kedai tayar tunggu buka la jawabnya

hantar wassap dekat bos kata lewat sebab tayar kena paku, tunggu kedai buka

elok dalam 10 minit gitu tunggu kedai pun baru buka separuh teman pun terjah je, try luck kot2 la dia buleh buatkan dulu... tampal tayar tu.. buang paku dan tampal

dia pun mengangguk tanda setuju, dia suruh pulas steering halakan keluar tempat paku tu lepas tu dia capai spanar dan playar sepit tu dia cungkil paku tu keluar dan terus cucuk alat untuk tampal tayar tu

dia masukkan getah tampal tu dan settle, tak sampai 5 minit... Rm5 je tampal tayar, then siap

kalau aku dapat tau sapa punya keroje tabur paku kat jalan tu siap aku paku ataih kepala depa!

musim bunga di puchong

0 comments



sekarang ni tengah heboh dekat kawasan perumahan teman
tengah musim bunga para para sakura
warna putih dengan pink/purple
cantik betul view bunga yang gugur atas tanah tu

apa nama pokok ni ye?
ada yg dah pernah travel ke korea kata pemandangan ni dah macam dekat korea!

sori le teman tak penah sampai korea, negara seberang laut yang paling mencabar penah teman harungi ialah negara singapore

hehehe



[Friday, August 21, 2015]

Cabut gigi klinik gigi putrajaya

0 comments


Bagi sesiapa yang berhajat nak buat aktiviti berkaitan cabut gigi, cuci gigi, tampal gigi, hantu gigi (hehe, gurau) boleh la pergi ke klinik kesihatan presint 9 putrajaya

Dalam tu ada klinik gigi putrajaya
Servis bagus, hari hari buka

Waktu pergi ni pagi dan urusan cabut gigi selesai dalam 3 jam dan bayaran Rm1 sahaja utk warganegara

Kuih raya istana negara

0 comments


Cantik packing kuih raya istana negara ni, ekslusif betui

Dalam ni ada kuih 2 bekas kecik, satu tu kuih kelapa dgn kuih topi belang inti coklat, sedap sedap kuihnya

Terima kasih istana negara

[Friday, August 14, 2015]

Steamboat johnnys summit usj

0 comments


Rabu minggu lepas berjimba dekat johnnys steamboat summit
Rancangan awal nak survey dan food tester sbb teman organize bowling event utk company
Site survey katanya
Bedal makan sekali harung

Johnnys ni komen teman mmg ok pun sos pedas dia tu
Cuma kalau boleh chicken soup tu ambik tom yum soup lagi sedap

Set ni makan 2 orang Rm30+
Semua ada cukup dan mengenyangkan

[Thursday, August 6, 2015]

MAS MH370 telah dijumpai di reunion island

1 comments


Macam macam perasaan ada bila baca berita mengenai MH370 ni
semoga ahli keluarga tabah mendapat perkhabaran terkini

Al-Fatihah

Telur ayam sepapan rm6

3 comments


Viral dekat geng geng ofis telur ayam sepapan rm6
memang ada yang dah pergi beli

kalau nak tahu rm6 tu dari gred A,B,C kome pilih la sendiri telur mana kome nak
sayangnya dengar khabar dah kena rush dgn mbsa

Jejak kaki ke Istana Negara Malaysia

0 comments


Ada interview pagi ni dekat Istana Negara Malaysia yang baru dekat Jalan Duta tu
Bukan semua orang ada peluang nak masuk dalam kawasan Istana Negara kan

semuanya  berjalan lancar

[Tuesday, August 4, 2015]

Sarapan roti sambal bilis gardenia RM1.05

1 comments


Sarapan teman sekarang setiap pagi lepas raya ni
Bun sambal bilis gardenia RM1.05

Semalam timbang berat turun 3 kilo
Selalukan breakfast heavy, nasi lemak berlauk, roti telur
Tapi sekarang ni makan roti ni je

Mudah mudahan perut teman dapat bertahan

Hhhahahahahaha

[Monday, August 3, 2015]

Musim durian @ pekan pahang

0 comments


Seronoknya lah tengok pokok durian sebelah rumah ni haa
Yang syoknya pasai dia punya buah durian tu ada dahan yang rendah, makanya kalau ikutkan paras paras kita berdiri je, nasib lah durian ni tak boleh petik, kalau boleh confirm dah jendul dahan ni

Durian pekan ni pure baka kampung
Buahnya kecil, isi nipis, warna cerah, rasa manis manis kurang lemak

Teman memang suka pattern durian macam ni
Boleh makan banyak tapi durian kampung ni buatkan badan cepat panas dan panas lain macam
Nak cure dia kena ngadap ais la manjang, terasa macam haba keluar dari badan kalau makan tak ingat

FANS