MY.TEMPAT

[Wednesday, April 30, 2014]

Sarapan day #3

0 comments

hahahaha
hari ni aku dah habis separuh bedal baru teringaat nak ambik gambar
lepas tu yang best phone dah low battery dan tak ada dengan aku pulak tu
tangan lak dah penuh dengan kuah dal roti canai
mmg tak la nak ambik gambar

ambik cerita je lah ye kenkawan

hari ni sarapan #roticanaibanjirkuahdalsambal

sapa yg perkenalkan hash tag ni ye??

korang pegi mana esok cuti hari buruh ea... aku kene keja la pulak esok... adusss

[Tuesday, April 29, 2014]

Accident persiaran kewajipan

0 comments


Accident ni berlaku jumaat 2 minggi lepas masa on the way balik lepas solat jumaat
Lori tanah yang panjang tu terbabas naik divider masuk lane sebelah
Mujur tak ada yang mati
Ada sorang mat motor tersepit kat celah tu nampak macam kaki dia patah

berhati hatilah di jalan raya yek

Satay kajang haji samuri

0 comments


Walaupun nama dia satay kajang haji samuri tapi aku tak beli dekat kajang
Satay ni aku beli dekat cawangan dia dekat taman melati
Dah mahal sket harga satay kajang ni secucuk 80 sen

Kuah dia macam dah kureng sket la
Lepas tu sambal cili dia kering ya amat

Kejadian tanah mendap bukit bintang

0 comments


Tanah mendap kat bukit bintang minggu lepas
Gara gara kerja pembinaan mrt
Mujur tak ada yang terkorban
Ni masa ni kalau aku ingat klang valley kebanyakan tempat hujan time ni

Ni sehari sebelum Persiden Obama datang malaysia ni

Selfie najib dan obama

0 comments

Amboi amboi tak ketinggalan berselfie
Respek tu

surat untuk tambah kuota

0 comments

mari kita saksikan


Surat rasmi dr Suami utk tambah kuota!!!

Razaki Hamid
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Puan,
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar d.an pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...

-------------------------
Ni surat jwpan kpd yg nk tmbah kuota...[\Down]

Kepada:

En. Razaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

2. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.

3. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk 'mencili-cilikan' perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.

3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.

5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon.

6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.

7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan 'prestasi kerja' tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan 'tanggungjawab' sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang 'prestasi' tuan yang tidak seberapa.

8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita . sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah .

Terima kasih,


"SEDIA 'BERPERANG' DEMI RUMAHTANGGA"

tengah viral dekat group whatsapp

0 comments

ni group group whatsapp aku la
tengah viral cerita ni sekarang
dalam banyak banyak group whatsapp ramai share cerita ni

jum kita baca apa benda yg tengah viral ni

Dalam perjalanan pulang ke rumah, seorang ayah bertanya kepada anak lelakinya yang
berusia 7 tahun...

Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di masjid tadi?". Anak : "Faham..ayah.."
Ayah : "Apa yang adik faham?"
Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih mengutamakan ibunya daripada ayahnya".
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Selepas tu barulah bapanya "

Ayah : " Jadi berapa ibunya? "
Anak : " Tiga "
Ayah : " ...dan berapa bapanya? "
Anak : " Satu "

Ayah : " Adik ada berapa ibu? "
Anak : " Satu "
Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "
Anak : " Kurang lagi dua "
Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."

Ini jawaban ibunya:

Seorang anak menghampiri ibunya yg sedang memasak di dapur.
Anak: Ibu, tadi kata ayah, seharusnya aku punya tiga ibu, karena sekarang baru satu, jad
i masih kurang dua.
Ibu: Nak, kamu tau ini sayur apa?
Anak: Terung, Bu.
Ibu: Bagaimana caranya agar satu terung ini bisa dinikmati oleh tiga orang?
Anak: Dipotong tiga Bu.
Ibu: Anak pintar. Nanti kamu bagitau ayahmu ya...

Ade lg sambungannya..

Si anak kembali kepada ayahnya..menceritakan apa yg diberitahu ibunya tadi

Anak: ayah, bagaimana bisa terung boleh dimakan tiga org? Bukankah harus dipotong d
lu?
Ayah: (gulp). Ya anak, memang susah sebatang terung hendak dimakan 3 org sekaligus.
Anak: harus gimana tu bapak?
Ayah: beritahu ibumu, kalau udah tahu terungnya panjang dan besar, ngak payah dipotongin. Enak juga dimakan beramai2..


kalau paham senyum je kalau tak paham anggap je anda tak baca cite ni
ha ha

tawaran tesco hingga 30 april

0 comments


sapa pemakan buah pear tu jom serbu tesco hari hari
murah ni weh
cumanya tawaran buah pear tesco ni sampai esok je
sempat la beli 2 batch hari ni dan esok

Nasi lemak udang sarapan pagi ni

0 comments


Rm ntah
Lokasi: gerai dekat busstop putra perdana

[Monday, April 28, 2014]

TESCO deal of the week

0 comments

ni dia kalau hangpa semua suka makan ayam
ni lah masa dia pi beli ayam murah kat tesco nun
bukan jauh mana pun tesco tu kan.. dekat ja.. sat ja sampai

harga biasa rm7.50 harga promosi la ni jadi rm6 lebih
pi beli banyak banyak buat stok

sambil membeli sampi kumpul tesco point
jimat jimat... untung... untung...

sapa nak untung dan jimat pi serbu tesco sebelum kehabisan


Aktiviti memancing sabtu lepas

0 comments


Isi masa lapang buat apa yang patut

Lokasi: tasik prima puchong
Teknik: casting dan fly
Target fish: ikan raja / peacock bass dan red devil

Today breakfast #nasilemakparu

0 comments


Its a malaysian standard
Enjoy

[Wednesday, April 16, 2014]

Stack card to pyramid

0 comments


Yey! Nampak membanggakan gila dapat build up stack of cards ni
Kad plastic pula tu. Dem
Nasib baik ada talian hayat

Selotep menjadi penyelamat keadaan
Its how you complete the task using whatever you had

Siapa nak pergi camerand

0 comments


Adess
Kat mana la agaknya camerand ni
Aku rasa dia means cameron highland kot

Jauh larinya tu... Camerand
Anyway. U being captured michael!

If you read this please amend that back back otherwise i also want to know where is camerand id

FANS