MY.TEMPAT

[Thursday, April 21, 2011]

bila tengok gambar ni..

4 comments

wah


terer, memang terer

[Wednesday, April 20, 2011]

gara sebut nama hantu kak limah

1 comments

pada suatu hari..


suka sangat sebut nama hantu kak limah
kan dah kena
aku kena dah 2 hari dah ni
tapi baru pagi tadi pergi klinik check doktor

ada satu ubat ni nama dia apa tah tapi bila aku search internet kan(google) ni jawapan dia

Prednisolone is in a class of drugs called steroids. Prednisolone prevents the release of substances in the body that cause inflammation.

Prednisolone is used to treat many different conditions such as allergic disorders, skin conditions, ulcerative colitis, arthritis, lupus, psoriasis, or breathing disorders.

Prednisolone may also be used for other purposes not listed in this medication guide.

cuak pulakkk aku nak makan ubat ni
tapi dah doktor bagi ubat tu mamam je lah

selamat enjoy2 semua
aku je yang tak berapa nak enjoy

[Monday, April 18, 2011]

suka hantu kak limah,kain saiful apek terlucut

4 comments

hadoi hadoi hadoiiiiihai!
sapa tengok maharaja lawak jumaat lepas? minggu ke 3 punya
adoi adoi adoi


kalau takde astro warna ataupun astro mustika takpe
takde hal
boleh tengok dekat facebook
ramai aku tengok upload video maharaja lawak minggu ke 3 ni kat dalam fb,ataupun dalam youtube

tapi aku tengok dekat astro lah pasal memang channel ni ada dalam list aku pun
dah lama subscribe pun
masa mula-mula astro warna launch dah subscribe

aku dengar ramai jugak kawan2 yang berpusu-pusu subscribe channel astro warna ni pasal tak nak ketinggalan nak tengok maharaja lawak ni kan

ok la tu
suka la astro

macam biasa aku mesti nak komen adegan maharaja lawak minggu ni punya

ok, jom start

dalam banyak2 ni la aku pick 3 geng yang aku rasa menyengat untuk minggu ni
kira menggigit jugak la diorang utk show minggu ke 3 nih

(kalau sapa yang tak tau lagi minggu ke 3 ni ada tema tau,tema dia muzikal comedy)

Jozan
mula2 tengok johan buat preview topic dah macam ok je
tapi aku tak letak harapan tinggi
diorang ni ntah la
kita tengok macammana kan


time to time aku tersenyum jugak tengok persembahan diorang ni
terhibur jugak aku dengan gelagat diorang ni
aku rasa ramai jugak yang kat luar sana yang suka dan terhibur dengan jozan punya show minggu ke 3 ni kat maharaja lawak ni
sebab tengok dekat fb aku,aku tengok ramai puji jozan ni

muzikal comedy dia kat lagu tak berapa sangat,dia just nyanyi je rangkap lagu asal tapi ada pelbagai lagu related dengan tajuk penyampaian diorang
which is lain daripada geng yang lain yang mana hanya gunakan tone lagu tapi lirik diorang ubah bagi menyampaikan cerita diorang tu

jozan minggu ni memang aku puji
nampak professional dan bersahaja dan ikhlas persembahan diorang
tak melebih2
aku takut je si johan tu melebih2 tapi dia tak buat macam tu

congrats!


Sepah
this is my 2nd choice lah
mula2 start je aku dah feel something good about their show
bayangkanla si sape tu nama dia siap pakai baju pompuan
rupa dia memang tak boleh blah
memang lawak pun
then penceritaan teratur dan pemilihan corak persembahan yang bagus aku rasa
nampak tersusun,teratur dan ada unsur lawak dengan sendirinya dekat persembahan diorang tu

keep it up sepah!



Man
ni yang aku rasa agak ok tapi tak sampai ke tahap yang sepatutnya
aku rasa sepatutnya muzikal comedy ni jadi makanan man
tapi tak tau lah apa kena dengan dia ni
macam teragak2 pun ada
aku rasa macam dia tak habis prepare utk show minggu ke 3 ni


apapun aku rasa ramai yang terhibur dengan persembahan minggu ke 3 ni

hmm,session juri dicabar dipanggil untuk buat persembahan pun impress aku jugak pasal aku tak tau yang mamat khalid tu yang buat cerita hantu kak limah tu pandai main keybod
lepas tu ahmad idham tu pandai main harmonica


syabbas!

hopefully untuk minggu minggu yang seterusnya diorang memperkenalkan kelainan

hopefully

[Tuesday, April 12, 2011]

pameran komputer ke pameran pompuan seksi?

2 comments

patut la nak pergi pc fair

mari bang, mari beli bang, tak ke terpengaruh

diskaun bang, diskaun, murah murah, dah goyang

aik, kalau dapat kete ni bleh la bawak pempuan seksi jln2

apa yg ko jual ni?

kusssssss semangat!



aku rasa most of us know that pc fair 2011 is just around the corner
kalau nak tau pc fair ni tiap2 tahun ada
so yang terkini pc fair 2011 akan diadakan pada weekend ni start hari jumaat sampai la ahad ni (15, 16 & 17 april 2011)

aku wonder jugak why dia tak nak buat macam seminggu ke sedap sket
takde la orang nak berasak2 macam nak gila dekat KL convention center tu
kalau sapa pernah pergi tau la hazab dia macammana berasak dekat sana
yang aku kesian kat pompuan2 ni la(ni cerita pompuan yang pergi ke pc fair tau,belum masuk tajuk pempuan seksi kat pc fair tu lagi)
ada yang kene raba(ni biasa sangat) terutama sebelum pc fair bukak gate pukul 10 pagi tu

tapi kenkadang aku pelik jugak yang pempuan ni pun
aku tengok ada yang kene raba pun selamba senyap jer
takde pun macam nak sound ke jeling ke apa,buat dunno je
ntah la

ok,back balik pada cerita aku ni
adakah lelaki2 ni pergi pc fair sebab nak tengok komputer atau nak tengok pempuan seksi?
pc fair ni aku tengok dah macam pameran pompuan seksi pulak
kalau kedai yang ada pempuan seksi tu mesti penuh macam hape tah
kalau kdai tu promoter dia lelaki ha ha,punya la suram gila babas
(takde pulak pompuan2 yg datang ni nak serbu kat promoter laki ni kan)
sebaliknya yang berlaku kalau promoter pempuan

tak dinafikan ada jugak yang pergi pc fair sebab memang betul2 nak cari barang pc, macam aku. kah kah

aku selalu kalau pergi pc fair ni dah target nak beli apa
pergi, masuk, kdai yang sepatutnya, beli, redeem apa yang patut, blah
bkn apa, aku memang tak suka la berasak2, beramai2, berpeluh2 ni
kalau dulu time2 tengah excited suka la
tapi bila dah setahun sampai 4 kali buat pc fair aku dah naik muak

so tahun ni aku tak tau nk beli apa pun sebenarnya
tak ada barang dalam list yang aku nak beli pun
setakat ni semuanya lengkap

so, apa offer best?
ni aku bagi la sikit apa yang best base pada pengalaman aku sebelum2 ni

PC.com magazine
PC.com is once again doing our crazy giveaways! Simply subscribe to PC.com magazine at RM168 (12 issues) and choose one of the following:

1. Lexmark S405 All-In-One WiFi Printer
2. Aztech WL556E Portable 300MBps Wireless-N Repeater
3. Imation Multimedia Link Pro
4. Eacan A-503CR/FM Radio Speakers

HWM magazine
HWM Magazine is offering for its subscription.

Either an Imation Apollo 500GB HDD (60 units per day) or an AVF Media Player AH700 (30 units per day)

and additional gifts:

15-17 April: First 20 subscribers on each day of PC Fair (I) 2011 will receive an Eguann 3D Notebook Skin

15 April (Friday only): First 10 subscribers on 15 April at PC Fair (I) 2011 will receive a Choiix Carpal 54-in-1 USB2.0 Card Reader (Black or White color)

16 April (Saturday only): First 10 subscribers on 16 April at PC Fair (I) 2011 will receive a Choiix Power Fort 5.5Whrs (Black or White color)

17 April (Sunday only): First 10 subscribers on 17 April at PC Fair (I) 2011 will receive a Choiix Cruiser 2.4G Wireless Mouse (Any color)


[Monday, April 11, 2011]

ayam pun tak nak bertelor lagi dah pasni

0 comments


rupa-rupanya kan yang orang dok heboh2 pasal telor ni kan mula2 aku ingatkan telur ni dia suntik chemical tapi aku silap!

rupanya2 telur ni diorang memang buat tiruan sebijik sebijik

tengok macam gambar kat atas ni

giler la!!


cerita asal,mula2 kat sini

[Sunday, April 10, 2011]

padan la trafik tak naik, orang tak paham ko cerita pasal apa

1 comments

mana nak paham kalau ko cerita pasal bahasa ko sendiri kan?
cuba cerita dalam bahasa yang universal sikit bagi orang paham kan

jom kita belajar bahasa pahang
kot2 la ada blogger tegar yang memang guna bahasa pahang ke kan
asyik tengok gambar jerrr
dah tak paham bahasa apa dia cakap

nah, boleh tengok kamus bahasa pahang ni

aku tak la berapa nak pahang sangat
sikit2 tu boleh la
ayah aku asal pekan, pahang
jangan tak tau pekan bandar diraja tu
dekat sangat je rumah ngan istana tu, 5 langkah sampai dah
kalau balik sana mulut aku ni dia automatik akan pandai cakap pahang
tapi tak la terer sangat


aku nak taip cerita pun aku tak reti
tapi kalau aku balik sana paham pulak aku
heran! kekeke

nah

A
Ampuh – tenggelam/melepasi sesuatu tahap ketinggian
Auk,awok,aok - awak/kamu
Ame - kalau
Atan/Tan - gelaran untuk anak lelaki yang paling tua
Abu - pemberian hadiah kepada seseorg berupa binatang ternakan atau nak pokok buah-buahan
Ace - cuba
Anggur - pengalihan anak benih dari tapak semaian ke tempat penanaman kekal
Ambung - bakul diperbuat dari rotan yang disandang di belakang badan pemakainya

B
Babir – Degil
Bahan - Pukul.
Berlengging - Tak Pakai Baju, Pakai Seluar Jer
Berlemin - Berminyak
Biroh - Gatal
Buas - Lasak
Buboh - mengisi/meletak
Berambi - Berhati-Hati/Berwaspada
Borok - bersembang-sembang
Beraluih/Beralus - Perangai Yang Sopan Santun/Berbudi Bahasa
Bela – Baiki
Botok-botak
Bendeh,mendeh,bende - benda apa
Belah - bahagian/tempat asal
Bakpe - mengapa
Buat dek' - buat tak tahu aje
Berempong - tersadung (selalu dipakai untuk lembu/kerbau yang kaki terikat pada tali)
Belewok/ bewok - biawak
Boboih - bekas berisi barang bocor
Boko - talam
Bolin - tidak berpakaian
Boh - Abah
Bek - emak (sesetengah tempat di pahang tengah)
Bulo’ – penglihatan hampir-hampir nak buta
Bobok - menipu.

C
Ce - Awalan Pada Beberapa Perbuatan
Cemuih - Bosan
Chike - Mual/Muntah/ Perut Memulas
Cokeng - Tegak
Cakner - Ambil Peduli/Kisah
Cerang - mata masuk abuk
Cope - tepi
Chengin - budak bila diusik mudah menangis
Celor - keadaan cuaca tidak baik dengan hujan beserta ribut dan petir sabung menyabung
Cebek - jinjing
Ciput - cabut lari kerana takut atau dikejar sesuatu
Cembong - gelaran kepada ...
Cak Bang/Cik Abang - isteri kepada abang yang tua
Celapus - celupar
Cokoh - tercegat berdiri

D
Dan - Sempat
Doh - Sudah
Deme - Awak(Biasanya Utk Ramai)
Dedor - Suam-Suam Kuku
Deras – cepat/laju
Dedeh – hiris/potong
Debab - gelaran bagi budak lelaki yang badan besar

E
Endi/mengendi - mengada-ngada
Entoh – entah
Encik - ayah (sesetengah tempat di pahang tengah)
Embong/Mbong - adik beradik yang paling tua (seerti dengan 'Long')
Engsot – beralih sedikit tempat duduk
Embuh - mahu/hendak

G
Godei - mengacau-ngacau Air/Dodol
Gebor - Selimut
Gonyoh - Sental Kuat-kuat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah/ikut awaklah
Gonggot - Rambut Yang Digunting Tak Sekata
Gobok - rak/almari
Gebala - ambil tahu/menyibuk
Gembur - banyak/tebal (merujuk kpd duit)
Guai - berayun
Ghempoh - membaling kayu atau sesuatu ke arah kaki/betis bagi tujuan menjatuhkan / menumbangkan orang / binatang
Genyus/Tergenyus - terperanjat
Gembut/tergembut-gembut – suatu pergerakan berlaku di bawah sesuatu yang terselindung seperti dibawah daun, semak atau selimut

H
Hele' - tarik (guna tangan)
Hogoh - menggegar sesuatu dengan kuat
Hugon - hantuk kepala ke dinding
Hurong – dikelilingi/dihinggapi secara banyak oleh serangga (biasanye semut/lalat)
Hokme/aukme - kalian
Hampuras - perkataan marah dan celaan yang membawa maksud "tak guna"

I
Incit - halau keluar rumah
Iblis Koreng - perkataan marah dan celaan yang membawa maksud "perangai jahat yang teramat sangat"

J
Jabir - beg plastik
Jobing - rambut kanak-kanak lelaki yang telah panjang dan tidak terurus.
Jelobe - koyak rabak
Jebek - gaya memek muka
Jaras - sedang meningkat remaja/muda
Jas - menitik
Joho – bersepah-sepah

K
Koi/kath/Kahs/kawas/kawan - Saya
Keh/koing/kame - Saya
Komeh/(mengkin)/(ayeh) - Saya
Kome - Kami
Kohut - letih/sengal /tak larat
Karang - Nanti/Sebentar Lagi
Ketnyer - Lebih Kurang/Walaubagaimana.
Kenit - Kecil
Komeng - buah kelapa yang tiada isi (Kosong)
Kerang - buruk dalam keadaan keras
Keryin - tersengih
Kenai – kenal
Kebiaran - liar
Kelompeng - bekas isi barang dari mengkuang
Kelewok - terkoyak
Kulu/kilir - ke hulu/ ke hilir (menunjukkan arah berpandukan sungai).
Kancah - kuali besar (ada telinga tapi bersaiz kecil dari kawah)
Kemamor – pandangan kabur
Kayau – pening-pening
Kayching – cacat sebelah penglihatan

L
Lejut - basah
Lecoh - becak/ada lopak air/ada air bertakung
Layau – terhuyung-hayang
Lehit – melekit
Lempor – membaling
Lesir - baling/lontar
Lokoih - comot
Londang - tasik kecil di kawasan lembah
Layur - memanaskan sedikit menggunakan api
Lece - tilam
Lepa - tercuai
Lanpan - dulang
Linuk - leka
Lat - selang/senggang beberapa
Lempap - perapan lauk bersama rempah ratus di dalam periuk
Lempang - tampar
Lewat amat - melampaui atau melebihi had/boleh sangat

M
Moh - Jom
Mok - Mak/Ibu
Meleweh - cakap nok tak nok
Mereloh - Tidor
Melantong - Busuk Sangat
Merebang/Mengerebang - Rambut Tak Terurus
Merening -Benda Yang membulat besor
Menginding - datang dekat secara diam-diam
Merepih - mencantas/mencangkul rumput
Mengopeh - Suka Pegang Sana..Pegang Sini..Tangan Tak Duduk Diam
Melukah - Kain Yang Dipakai Terbuka (terkangkang)
Motong - Menoreh Getah
Mencelabak - Benda Jatuh Dalam Jumlah Yang Banyak/Berat
Mengkane - Telekung Sembahyang
Menanggah/penganggah - bergotong royong semasa kenduri
Membego - digunakan kepada budok kecik yang mengamuk dan buat perangai
Molo - balang
Mutan - rambutan
Meknye – kenapa
Maymay - orang yang suka menangis (chengin)
Mentik - menunjukkan keadaan tubuh seseorang yang seakan buncit atau berisi
Mokyoh - karenah/ragam
Mok De - ibu tiri
Meh-meh – rupa hamper sama
Maynoh - menukar haluan perjalanan
Mumbu - mengisi sesuatu tinggi membukit melampaui bekasnya.
Merelang - menjegilkan mata dengan keadaan marah
Memerun – membakar sampah sarap / kayun kayan selepas ditebang semasa penanaman semula

N
Nyuluh - Operasi buru binatang pada malam hari
Ngilir - Menghala Kehilir Sungai.(Dengan Bot/Perahu) Secara Perlahan.
Nok - nak/hendak
Ngeropeh - kerja tak tetap
Ngelat-tipu
Neremih - pengotor
Ngempor - tak seimbang
Nine - gelaran untuk anak perempuan yang paling tua
Nangun - sejenis khinzir yang banyak anak
Ngelempai - sesuatu yang melayang-layang ditiup angin tetapi tidak terputus dari pegangan.
Ngelewor – huyung-hayang
Ngelayor – berkeliaran
Nyongkit – mengada-ngada
Ngepong - menggigit makanan seperti daging seakan-akan menggonggong
Ngonceh – berjalan kesesuatu arah
Ngugas – berjalan cepat untuk selesaikan sesuatu tugas/tujuan
Nyor gula - kerisik
Nyeluak - muak

O
Omeh – Suka Membebel

P
Pedooh - Tipu
Pundung - Rumah Kecik Yang Dibuat Untuk Berehat
Pepalih - ..Ishh. ..Teruknye
Podot - Sumbat
Po/Pa - beg duit (purse/wallet)
Peleseran - merayau
Perentan - musim
Pejur - tengkujuh
Penganan - kuih
Para - satu bahagian di kawasan bumbung rumah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang
Pogheng - comot
Parap - tumbukan dengan bawah tangan
Pohor – tempat melekatkan bunga telor atau sireh junjung
Pantak – ketuk
Panggil - majlis kenduri kahwin
Pinggan Ayan - pinggan diperbuat daripada besi
Parang Putting - parang yg tumpul, berkarat dan tidak ada hulu pemegang

R
Rodong/Ghodong - kawan-kawan
Rhebas - Hujan Dah Mula Turun Renyai-renyai
Ralit - Kusyuk/memberi tumpuan terlalu sangat
Re'e - letih/penat/lenguh
Rege - harga
Reloh - hari semakin malam
Renjeng - kurus tinggi
Raymoh - sepahan makanan di atas lantai
Randuk - meredah/megharungi rintangan spt air atau semak samun
Rasa Siau-Siau - rasa seperti nak demam
Rentek - juga
Rembat - khemah tempat makan tetamu semasa kenduri kahwin

S
Sesemut - Kaki Kebas
Sangei - Tudung Saji
Se'eh - Kenyang Yang Teramat Sangat
Senaklo/Sokmo - Selalu
Senoho - Sana
Soom-suam
Sompek - sumbing
Sepat - proses membuang kulit binatang yang telah disembelih.
Sigal - tangga buluh
Sengkul – tangan belok dan tak lurus
Seruh - proses penghadaman makanan
Siyo' - mangkuk tingkat
Sabak - khemah memasak semasa kenduri kahwin
Sempudai - kerja yang tidak kemas dan tersusun atau cincai

T
Tatin - mengangkat / mengutip
Tawor lebe - Air tawar sangat
Tohor - Cetek
Tekih/tekis - nyaris / tepi sesangat
Tala-paling / menunjukan
Tajur - kaedah memancing dengan meletakkan umpan hidup, batang pancing ditinggalkan dengan dipacak di tepi tebing dan pancing akan diangkat untuk beberapa masa yang lama.
Takar - tempayan diperbuat dari tanah liat
Tengke - selang/senggang beberapa
Tumpil - menolak ke bawah dari tempat yg tinggi
Tupai chor - sejenis tupai tanah (bersaiz kecil)
Tinjit - berjalan/berdiri di atas anak jari kaki sementara tumit diangkat ke atas
Tak Aci - tak adil/padan
Telohkan lagi – lebih lagi pula/berganda ukurannya
Tengkuh - ketukan secara perlahan dengan tangan
Tok Empat - ketua kampung
Tak Ketahuan Angkuh - tingkah laku yang tidak baik
Terpukang - jatuh ke belakang
Tulah - ditimpa darjat

U
Unduk - sorok
Ubang - kulit batang getah yang tertanggal selepas torehan. Sesetengah orang mencampurkannya dengan susu getah di dalam cawan tadahan.
Ubi Kembili - sejenis ubi seperti keledek tetapi mempunyai lendir dan melekit.

W
Wokme - awak semua
Wok - gelaran kepada anak yang tua atau yang bongsu sama ada lelaki atau perempuan
Wan/Wek - nenek (sesetengah tempat di Pahang Tengah)
Waris-warah - saudara mara

Z
Zaman Tori - zaman dahulukala

[Saturday, April 9, 2011]

macammana trafik nak naik kalau macam ni

1 comments


apa da maharaja lawak ni
minggu ni aku tak ambik port sangat nak tengok
just jeling kejap2 je tengok maharaja lawak ni

tengah sibuk buat assignment

apapun komen tetap komen, bukan apa komen yang membina la kan
from my point of view

Jambu
ramai kata jambu ni best, siap mamat khalid pun cakap lawak dia lain dari yang lain
tapi tak tau la, aku tengok still taukeh tu macam dia tak fokus sangat dan tak natural sangat, macam dibuat2
mungkin sebab diorang ni berlawak sebab kena fikirkan macammana nak buat lawak compared to beberapa orang lain yg aku rasa ada kebolehan sendiri dalam menghasilkan lawak secara rawak atau secara naturalnya


Balas
kumpulan balas ni memang aku akan chop lawak blue je manjang diorang ni
tak sudah2 dengan lawak double meaning diorang tu
elok kot kalau maharaja lawak ni di klasifikasikan dengan kategori 18PL
cocok...dicocok...apa korang ni?
memang orang suka, tapi ntah la, tak kena pada aku
there's always a hater for lawak2 yang macam ni
buat sekali mungkin orang faham, tapi kalau dah beberapa kali ni aku rasa orang akan start labelling


Jozan
aku ingat apa la yang diorang cuba bawakkan ni
masa intro yg dia dengan mat saleh tu dah best dah
ingatkan dia nak bawak awek mat saleh tu masuk set
sekali cerita pasal lain, tak kena betul
tak ada kesinambungan kat situ
rupanya still johan ni tak boleh lari dari mengikut gaya orang lain
memang ni dah jadi makanan dia kot utk ajuk orang lain
walaupun ada unsur lawak tapi there's something missing


Nabil
OMG, aku tak sangka yang dia akan sambung balik cerita dia dari minggu yang lepas
berani dia sambung balik
aku rasa nabil ni melawak utk saiful apek je
kamon jack, ni cerita maharaja lawak
kena bagi lagi gempak la


Sepah
dalam banyak2, ramai2 tadi aku rasa sepah ada point lawak dia kat situ
dan boleh kata lawak diorang minggu ni ada naturalnya di situ
kalau suh sambung je cerita tu for sure diorang tak payah nak karang atau tengok skrip utk sambung cerita, diorang boleh je sambung secara naturalnya
tapi nama pun maharaja lawak, macam ahmad idham komen, lawak tu macam utk level raja lawak je, bukan maharaja lawak


apapun sapa yang follow maharaja lawak ni terpaksa la berkorban untuk minggu seterusnya sampai habis sebab rancangan maharaja lawak tak akan ditayangkan dekat channel 105 tu lagi, kena langgan, keluar duit lagi astro warna/pakej mustika tu

macam boleh hiduuuu je taktik tu bila masa nak umumkan sapa yang terkeluar tu

apapun aku berharap sangat ada kelainan yang memang lain

tapi tak tau lah minggu ke-3 ni macammana, dah ada tema dah dia bagi, musical comedy

kena tunggu lagi seminggu lagi la nampaknya


**apa khabar hantu kak limah?

[Friday, April 8, 2011]

telur palsu yang boleh tukarkan jantina

7 comments

berani2 la makan telur ni
sekarang ni tengah heboh dekat posting fb aku tengok gambar gambar telur palsu@tiruan ni

betul ke telur ni ada kat market?
gile bahaya telur macam ni
macammana nak detect?


aku selalunya beli telur kat mydin yang cap apa tah aku dah lupa, tapi yang harga Rm3 lebih tu la, biasanya gred A tu, besar sikit telurnya tu

kalau buat scramble egg ke telur dadar ke banyak sikit
kalau pakai telur gred C tu nak kene pakai banyak telur pulak

tapi ada kadang2 tu aku beli jugak telur sekartun tu yang ada 24 biji tu
tapi tu pun sama beli kat mydin @ tesco

agak2 ada tak telur palsu ni kat 2 tempat ni?

bahaya telur palsu ni, tak tau apa kandungan dia
ntah2 kalau makan telur ni boleh tukarkan jantina tak?
sebab ye la, pakai bahan kimia for sure

heeee

[Wednesday, April 6, 2011]

sapa kenal ayam kenny rogers?

3 comments

teringat pulak makan kenny rogers sabtu lepas baru ni
pergi makan kenny rogers dekat ioi mall puchong
dah lama tak makan kenny rogers
asyik2 kfc, kfc, kfc

kenny rogers ni pun restoran dia tak banyak bersepah macam yang lain2 tu
dia macam agak limited jugak tapi tak la sikit sangat, tapi tak semua tempat ada la

meh layan gambar sebagai santapan mata

sorry kalau gambar ni menggiurkan!

tapi sepatutnya gambar ni memang patut menggiurkan kan

aku bila teringat balik ayam ni teringat dulu masa sekolah dulu time kat hostel dulu
ada senior aku sorang ni tak boleh makan ayam
aku jadi pelik jugak la
padahal biasanya orang allergik dengan seafood kan, macam udang, sotong, ketam, dengan yang lain2 tu
tapi senior aku ni allergik dengan ayam
jangankan kata ayam, kuah yang masak dengan ayam pun dia tak boleh makan, aku tak ingat allergik dia tu kena macammana tapi kalau kena memang teruk!

ke ada lagi geng blogger yang baca ni tak boleh makan ayam jugak?
bukan tak makan sebab nak diet
tapi tak boleh makan ayam sebab allergik?

[Monday, April 4, 2011]

hantu anugerah bintang popular malam tadi

11 comments

ramai tak perasan kan?
takkan aku sorang je yang perasan

tapi dah namanya hantu
mungkin la aku sorang je yang perasan kot?

tengok gambar untuk penerangan yang lebih lanjut


sapa yang tengok abp malam tadi sure tau punya
adegan masa nak mengumumkan artis paling popular berita harian malam tadi ada gimik usop wilcha ni keluar dengan abi huraira dengan wilchair nye tu

memang class

patutnya usop wilcha ni masuk maharaja lawak kan?
partner dengan sesapa yang patut lagi meriah

tapi aku rasala kan malam tadi akan lagi meriah kalau buat scene macam ni
time nak umumkan pemenang anugerah bintang paling popular tu
tiba2 blackout satu dewan
pastu ada lagu enjit2 semut kak limah nyanyi
pastu pelan2 lampu terang balik pastu kak limah ada kat celah2 artis tengah duduk kat sesapa sambil pegang sampul pastu pass kat dekat usop wilcha

mesti best kan?

enjit2 semuttt

Gegar 1 Ribu Blog April Bermula Abg Ben

8 comments

ko kenal siapa abg ben??
kalau tak kenal boleh kenal
kalau dah kenal meh meriahkan lagi majlis
jom sama2 kita gegar 1 ribu backlinks, amacam? berani??

ni lah dia bang ben




nak tau info details macammana nak backlinks sebanyak 1 ribu backlinks klik je la gambo abg ben kat atas tu yer

thanks for your support

majulah sukan(blog) untuk negara

[Saturday, April 2, 2011]

pengetua af9

0 comments


Terbaek!
konon2 gimik ahmad dhani
skali amy search da

memang salute sama amy search

hopefully dia dapat bawak lain dari yang lain dari konsep yang pernah ditunjuk sebelum ni

aku berharap sangat

stage konsert AF9

1 comments

takkan konsert af9 malam ni stage dia open cenggini je?
biar betik
kalau hujan abissss
bertempiaran la orang lari

jusco AU2 ni bukan yang jusco setiawangsa tu ke?
kalau tak salah keliling tu dekat dengan jusco AU2 ni macam ada perumahan
tak bising ke buat konsert kat situ?

maharaja lawak tak lawak?

4 comments


malam tadi macam dah tak ada cerita lain lagi dah aku nak layan
tune je la dekat channel 105 astro tontong cerita maharaja lawak
nak tengok jugak betapa hebatnya rancangan ni

1st, tengok stage, backdrop semua aku dah kata dalam hati - 'alamak, fail!'
ada ke patut pakai props raja lawak 5 yang dah habis tu?
tak patut

tengok ko promo maharaja lawak bukan main lagi dah macam apa je
sekali props ko recycle balik pakai yang raja lawak 5
macam ni ko nak nobatkan maharaja lawak?

aku ingatkan dia macam ko pilih sampul
lepas tu dalam sampul tu ada task ko kene buat
lepas tu hah, ko buat la task tu tapi dalam cara yang lawak

tak boleh blah
macam cerita raja lawak biasa je aku tengok
tak seimbang

ada yang pakai costume, ada yang tidak
kelam kabut ler

jom aku nak review sikit pasal peserta maharaja lawak semalam

Sepah

mula2 starting tu macam best, props semua ada
bagus dah
sekali masa nak ending2 tu dah terbabas sikit
dia dah start ke laut
bebel tah hapa2

Jozan

aku budget diorang ni akan buat lawak yang gila2 punya
sekali dia buat lawak macam dia baru 1st masuk rancangan raja lawak
ape ke heinya kome ni wey
macam bercerita je
takde pun lawaknya wey
adeh

kalau korang duk depan tv tengok korang pun akan rasa macam tu weh
ko cerita macam cerita 2 orang tepi tembok je
tak lawak seh

macam juri cakap, ni rancangan maharaja lawak
tapi lawak biasa2 je

Nabil

nabil ni aku rasa macam dah dingin sikit
pasal mamat ni dengan segala kontroversi
jadi aku dah hilang respek dengan dia ni

tapi aku just be professional
tengok je la lawak dia ni
mula2 tu boleh tahan la
dia ni ada idea utk buat rewind balik which is good idea
tapi bab nak mencerita semula, lambat masuk gear
sudahnya cerita dia tak sempat habis nak cerita sampai macammana dia kena lempang ngan abang tu, 'fail'
macamni maharaja lawak?
adoihhh

Balas

kumpulan balas ni lambat panas
yang ni je aku rasa kumpulan ada la yang menggigit 'sikit' sikit la malam tadi dalam maharaja lawak ni
costume lengkap, cuma gaya penceritaan tu still macam sangkut2 sikit
(mungkin tahan ketawa sendiri kot)

cerita pasal karipap dengan pau
sah2 ko punya cerita tu double meaning brader
agak2 weh, tak elok la nak buat lawak tapi ala2 lucah
kena beringat sikit
yang tengok rancangan tu sapa
mungkin orang ketawa, tapi kalau mak ayah tengok aku rasa malu jugak diorang tu

so, apapun, apa yang aku bebel ni bukan apa
nak naikkan semangat dan bagi idea utk crew2 maharaja lawak supaya dapat cari pendekatan yang lebih maharaja
rancangan ko lobi macam rancangan terhebat di abad 2011 tapi outcome kecewa la buat masa ni

aku rasa kalau yang betul2 maharaja lawak tu mungkin astro boleh gandingkan pelawak raja lawak tuh dengan pelawak yang memang well establish

contoh apek team sama nabil
jozan team dengan acappan

contoh la, baru betul2 menggigit
tengok sapa yang maharaja

apapun ni just review dari orang yang duduk depan tv
aku ni bukan sapa2 pun dalam industri hiburan
tapi kalau setakat nak kasi komen macam yang kat atas ni boleh la

akhir kata

"ikan di laut takkan naik ke darat kalau tak ada orang tangkap dia"

ibarat maharaja lawak takkan dinobatkan kalau tak ada orang yang kasik review macam aku ni... keh keh

peace all

[Friday, April 1, 2011]

raihan nasi kandar

2 comments

konon2 semalam kan ke aku dengan member aku nak pergi beli mcdonalds breakfast pakai kupon beli RM5 percuma big breakfast tu kan
kitorang ni dah lapar
nak kena cari makanan jugak

sekali kawan aku ni pun sound dia kata jom makan nasi kandar kat glenmarie tu
aku ok je
kitorang pun gerak terus pergi sana
sekali kan nak tau dak?
kedai tu dah tutup kat glenmarie tu

ah, potong!

sekali tengok ada tampal notis diorang dah pindah tempat lain
puas jugak kitorang pusing2 siap aku cari dekat GPS
rupa-rupanya dekat2 situ je
then kedai dia pun dah canggih, dah lawa compare kedai lama dia tu
kedai ni dekat jalan U1/40 corner lot, hujung sekali
senyum terus nampak kedai ni


antara nasi kandar yang terbaek

FANS