MY.TEMPAT

[Wednesday, November 30, 2011]

Udang galah @sungai kuantan

1 comments

Terbaik rasa udang galah ni
Udang galah sungai kuantan kuala selangor
Manis dan gemuk isi dia

Terbaik!


Send from phone

[Tuesday, November 29, 2011]

skandal baru apek keeper harimau muda - warning 18sx

4 comments

pastikan anda dah berumur 18 tahun dan keatas kerana mengandungi unsur-unsur tidak sihat. sekadar peringatan dan pengajaran hatta penilaian masing-masing

nah layan gambar, aku dapat gambar ni pun dari emel spam
ingatkan apa la, rupanya dapat gambar ni pulak


apa kata anda?
tak lain tak bukan ni memang sah nampak macam keeper malaysia khairul fami che mat / KFCM, keeper harimau malaya

hari tu aku rasa nampak gambar dia dengan orang lain yang dekat universal studios singapore tu, kalau tak silap nama awek tu dahlia ke apa gitu la. tapi gambar yang ni aku rasa gambar awek lain ni, tengok la tu bukan main nak tersembul dada awek tu. iskh iskh

Kenduri kahwin ahad lepas @tanjung karang

0 comments


Kenduri kawin jiran dekat tanjung karang
Aku datang tengok pengantin je
Tak makan pun pasal baru lepas makan kat rumah lauk udang masak lemak nenas

Dah settle semua salam tuan rumah chow balik

Kat tempat korang ada baling gula gula by pengantin macam kat gambar?


Sent from BlackBerry®

nazmi faiz player bolasepak harimau muda

1 comments


mamat ni famous oh sekarang
semua mana yang layan bola semua dok sebut sebut nama si nazmi faiz ni
ni semua gara gara 1st gol yang cantik dan lawa masa game malaysia vs bahrain ahad lepas
aku pun sempat la tengok dari awal sampai habis (saat kekalahan malaysia kena 3 gol dalam masa 15 minit)
dah la kene gol dengan player gantian bahrain no 14 tu
tup2 bukan main terer lak dia ni
lagi satu point yang nak dijadikan cerita yang tak best lagi tu bahrain main dengan 10 orang beb lepas ada salah sorang player dia kena kad merah

aduhai

hati dah berbunga bunga dah masa malaysia leading 2-0
tup tup masa nazmi keluar je 2nd half tu nampak player malaysia dah main macam pada asal yang dulu dulu
defend main main, malas kejar bola, coordination tak ada antara sesama defend
yang si dia harap yg si ditut, yg siditut harap si dia
masing masing dah pancit agaknya

memang marah pun ada tapi apa boleh buat
yang main tu diorang, kita ni penonton je, buat la cara menonton

apapun aku nak ucapkan syabas dan tahniah dekat nazmi faiz atas jaringan yang memang bertaraf tinggi score dari jarak 30 meter dah terus ke bucu

kalau nazmi faiz ni terus train try score dari jarak jauh macam tu target bucu je aku yakin dia boleh pergi lagi jauh

bak kata ada sorang pemanggil era.fm pagi tadi
malaysia ranking 155 dunia bola sepak while bahrain kat tangga 102, jauh kan?
so kita perlu banyak lagi latihan dan pendedahan

cuma perangai lama tu aku tak suka, dah leading main2, pancit
sapa yang slalu follow game malaysia mesti perasan

Subway @submit

0 comments

beef cheese

chicken terayaki


Jemput makan
Hari ni beli pakai kupon buy 1 free 1
Untungkan? Macam dalam iklan radio
Beli satu subway percuma lagi satu subway
Sapa nak tolong makankan lagi satu

Send from phone

Fire drill @usj

0 comments

yg seluk saku tu tengah sambung cerita pasal bola malaysia vs bahrain

yang terkengkang kengkang ni kawan aku
diorang ni petik nama dia suh pegi padam api
hahah

api dia macam lion dance lak

Pagi pagi dikejutkan dengan bunyi alarm kebakaran
Relek relek je keluar bangunan
Tapi tak tau apa yang terjadi

Gat: Kat mana terbakar?
Aku: Ntah
Gat: Aku g tanya building maintenance jap

Dalam 3 minit gat pun sampai semula

Gat: Ada fire drill la
Aku: Apa lagi, kita minum dulu
Keh keh, tak kosa nak tunggu lama lama depan public ni, abis abuk kena kat muka kang

P/s: jangan main api


Send from phone

[Monday, November 28, 2011]

Suasana kampung

0 comments


Suatu petang lepas sedap kena kek biru aku pun lepak depan rumah ambik angin petang
Dah berapa hari ni asyik hujan je ptang petang
Baru petang ni dapat menikmati suasana kampung di petang hari
Deruan motor he hulu ke hilir diselangi dengan kehadiran beberapa buah kenderaan dan jentera ringan yang melalui jalan hadapan terasa begitu aman dan damai sekali sambil menghirup udara di petang hari
Datang pula sekumpulan kanak kanak dan anak anak kecil berlari sambil berkayuh basikal ketawa riang kejar mengejar sambil berketawa kuat menunjukkan betapa mereka menghayati cuaca dan cuti sekolah ini
Kelihatan diseberang jalan pasangan pengantin baru yang baru sahaja pulang dari pulau pinang sedang bermesra dan ketawa kecil mengait rambutan yang hampir habis

Tiba tiba
Terdengar suara memekik dari jalan masuk memanggil namaku "shah"
Aku lantas mengalihkan pandangan dan lirikan mata meneka siapakah dia yang menunggang motorsikal yamaha lc sambil memangku anak kecil di bakul hadapan. Aku cuba mengingatkan wajah itu kembali siapa dia
Apa bila motor semakin menghampiri baru dapat ku cam siapa dia, rupanya Man jiran sekampung

Man: Cuti ke?
Aku: A'ah, ni anak ko ke?
Man: Ye lah sapa lagi, bila ko balik KL
Aku: kejap lagi aku nak balik la ni, tgh ambik angin jap
Man: sekejap sangat cutinya, ambik la cuti lama sikit, boleh lepak dengan aku sambil bajak sawah tu
Aku: cuti lama pun tak reti nak buat apa la man. Berapa dah anak ko ni? Lama aku tak nampak ko
Man: Yg kecik ni masuk 4
Aku: Pantas betul ko
Man: duk kampung camni la, apa nak buat, buat anak je la
Aku: hahah
Man: ko keje tempat sama lagi ke? Tak bawak makwe KL balik ke
Aku: tempat sama tu lagi, mana lagi nak pegi, makwe ramai tapi tak ada yang nak ikut balik kg la man
Telefon bimbit nokia butterly man berbunyi. Ringtonenye bunyi standard je. Ring ring bunyi dia
Man: ye, kejap lagi saya sampai
Man: ok la shah, aku kene gerak dulu, bini aku mintak serbuk perasa nak goreng ayam tu. Ada tempahan nasi ambeng. Singgah rumah aku sebelum balik kita makan nasi ambeng dulu
Aku: ok tengok la macammana nanti

Man pun menyuruh anaknya salam aku sebelum balik dan aku pun bersalam juga dengan man sebelum man menderu motornya ke jalan kembali
Seronok suasana kampung macam ni
Teringat bawak bajak, mancing kat parit, dah lama tak buat
Dah nak pukul 6 ni
Aku nak siap siap gerak balik KL


Send from phone

Happy birthday

0 comments


Sambut birthday orang
Layan jer

Send from phone

Air pencecah

0 comments


Pernah nampak air ni
Air bukan sebarang air
Minum air ni boleh dapat hikmat
Macam macam hikmat ada
Sebelum minum jangan lupa sebut nak jadi kaya!
Air ni actually sos cili
Susah nak jumpa kat bandar

Send from phone

[Sunday, November 27, 2011]

Breakfast @tanjung karang

0 comments


Nasi goreng sama ikan masin goreng and ayam goreng garing

Send from phone

Mcdonalds double classic chicken mcdeluxe @tmn melati

0 comments


On the way balik kampung sempena cuti maal hijrah singgah mcdonalds petronas tmn melati beli makan
Tak tau nak makan apa alih alih amik menu ni
Double classic chicken mcdeluxe
Tengok iklan dekat paper the sun hari hari keluar iklan besar nampak macam menarik je
Terpengaruh jugak aku nak merasa apa yang best burger ni

Amik mcvalue set besar/large harganya RM15.95 belum campur tax pastu macam biasa sundae cone
Rasa dia macam makan mcchicken je aku rasa
Cuma burger ayam tu double
Aku lebih prefer big mac macam kebiasaan
Apa pun enjoy

Salam maal hijrah buat semua
Apa azam?

Send from phone

[Saturday, November 26, 2011]

Fiske steakhouse @au2 keramat

0 comments


Cerita semalam. Pegi makan dekat fiske steakhouse dekat au2 keramat. Tak ingat kat mana tapi rasanya haritu ada terbaca blog ataupun dekat fb cakap pasal makan dekat fiske steakhouse ni sedap. Aku pun apa lagi, pegi terjah la malam semalam

Cara nak menyampai ke sana tu ikut mrr2 lepas tu nampak signboard AU tu exit ke kiri (ni cerita menghala ke zoo negara dari ampang). Lepas exit ke kiri signboard AU jumpa rondabout kat depan dalam 200 meter then ambik pukul 9 aka simpang kiri lepas tu jalan terus dalam 700 meter gitu tengok belah kanan akan nampak kedai fiske steakhouse ni. Aku pegi pun pakai GPS nokia pasal tak pernah sampai kat fiske ni. Landmark dia kilang pernec sebelah kiri elok je lepas pernec tu tengok kanan seberang jalan akan nampak la fiske steakhouse ni

Malam tu aku dengan family parents makan western. Selain dari western dia ada jugak menu satay, set nasi putih dengan asam pedas. Kami bedal beef steak grill, chicken grill, dory grill, mushroom soup with garlic bread, sama asam pedas daging

Komen aku western dia cam biasa. Maybe sebab aku pernah makan yang lagi better kot ataupun expectation tinggi kot

Aku selalu kalau western ni makan dekat stable steak house kampung baru sana. Situ memang feveret kami

Tak tau la. Kena pergi sana try sendiri ikut pendapat masing-masing

P/s: syukur alhamdulillah


Send from phone

[Friday, November 25, 2011]

Free tesco voucher @usj

3 comments


Yes!
Dapat voucher tesco percuma je beb
Shopping ler kita ye
Tak tau bila nak terjah tesco ni
Menang jawab kuiz

Send from phone

Kaki skodeng