MY.TEMPAT

[Saturday, April 2, 2011]

maharaja lawak tak lawak?


malam tadi macam dah tak ada cerita lain lagi dah aku nak layan
tune je la dekat channel 105 astro tontong cerita maharaja lawak
nak tengok jugak betapa hebatnya rancangan ni

1st, tengok stage, backdrop semua aku dah kata dalam hati - 'alamak, fail!'
ada ke patut pakai props raja lawak 5 yang dah habis tu?
tak patut

tengok ko promo maharaja lawak bukan main lagi dah macam apa je
sekali props ko recycle balik pakai yang raja lawak 5
macam ni ko nak nobatkan maharaja lawak?

aku ingatkan dia macam ko pilih sampul
lepas tu dalam sampul tu ada task ko kene buat
lepas tu hah, ko buat la task tu tapi dalam cara yang lawak

tak boleh blah
macam cerita raja lawak biasa je aku tengok
tak seimbang

ada yang pakai costume, ada yang tidak
kelam kabut ler

jom aku nak review sikit pasal peserta maharaja lawak semalam

Sepah

mula2 starting tu macam best, props semua ada
bagus dah
sekali masa nak ending2 tu dah terbabas sikit
dia dah start ke laut
bebel tah hapa2

Jozan

aku budget diorang ni akan buat lawak yang gila2 punya
sekali dia buat lawak macam dia baru 1st masuk rancangan raja lawak
ape ke heinya kome ni wey
macam bercerita je
takde pun lawaknya wey
adeh

kalau korang duk depan tv tengok korang pun akan rasa macam tu weh
ko cerita macam cerita 2 orang tepi tembok je
tak lawak seh

macam juri cakap, ni rancangan maharaja lawak
tapi lawak biasa2 je

Nabil

nabil ni aku rasa macam dah dingin sikit
pasal mamat ni dengan segala kontroversi
jadi aku dah hilang respek dengan dia ni

tapi aku just be professional
tengok je la lawak dia ni
mula2 tu boleh tahan la
dia ni ada idea utk buat rewind balik which is good idea
tapi bab nak mencerita semula, lambat masuk gear
sudahnya cerita dia tak sempat habis nak cerita sampai macammana dia kena lempang ngan abang tu, 'fail'
macamni maharaja lawak?
adoihhh

Balas

kumpulan balas ni lambat panas
yang ni je aku rasa kumpulan ada la yang menggigit 'sikit' sikit la malam tadi dalam maharaja lawak ni
costume lengkap, cuma gaya penceritaan tu still macam sangkut2 sikit
(mungkin tahan ketawa sendiri kot)

cerita pasal karipap dengan pau
sah2 ko punya cerita tu double meaning brader
agak2 weh, tak elok la nak buat lawak tapi ala2 lucah
kena beringat sikit
yang tengok rancangan tu sapa
mungkin orang ketawa, tapi kalau mak ayah tengok aku rasa malu jugak diorang tu

so, apapun, apa yang aku bebel ni bukan apa
nak naikkan semangat dan bagi idea utk crew2 maharaja lawak supaya dapat cari pendekatan yang lebih maharaja
rancangan ko lobi macam rancangan terhebat di abad 2011 tapi outcome kecewa la buat masa ni

aku rasa kalau yang betul2 maharaja lawak tu mungkin astro boleh gandingkan pelawak raja lawak tuh dengan pelawak yang memang well establish

contoh apek team sama nabil
jozan team dengan acappan

contoh la, baru betul2 menggigit
tengok sapa yang maharaja

apapun ni just review dari orang yang duduk depan tv
aku ni bukan sapa2 pun dalam industri hiburan
tapi kalau setakat nak kasi komen macam yang kat atas ni boleh la

akhir kata

"ikan di laut takkan naik ke darat kalau tak ada orang tangkap dia"

ibarat maharaja lawak takkan dinobatkan kalau tak ada orang yang kasik review macam aku ni... keh keh

peace all

4 comments:

cayrul | April 2, 2011 at 9:58 AM

dah start ke?
mungkin mereka semua baru nak panas...

Nurul Hidayah | April 2, 2011 at 6:39 PM

hye...singgah dr blog abg ben.
Balas memg best! lwk sgt smlm....tp, JOZAN belom mnyengat lg tue~ I know JOZAN can do it..hehe :)

sabree hussin | April 3, 2011 at 12:11 AM

nampak macam semua tak best je melalui review dari blog ni

Aliah Hanim | April 4, 2011 at 8:51 PM

well , to be honest i never watch this show . haha , teruknya -,-

FANS