MY.TEMPAT

[Tuesday, February 22, 2011]

and now chrome 9!

3 comments


while upgrading to ie9 and while searching for it features
notice that there also an update for chrome which is from chrome 8 to chrome 9
competing each other i guess

ie9 become official today

2 comments


have you checked your windows update?
mine just being updated
included is ie9 which we know that before this it is only on ie9 beta
but now it is official ie9
why wait? go to windows website and update your ie9

Supercars black lamboghini at bulatan kewajipan

0 comments


Fuh
Kereta ni
Lamboghini

Makan gaji 50 tahun pun tak tentu dapat beli kereta ni
Tah apa la keje mamat ni

Kalau bagi kete ni kat aku pun
Aku sanggup bawak je
Tapi tak sanggup nak isi minyak dengan tanggung maintenance dia


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

dulu-dulu #13 gula-gula trebor

2 comments


gula-gula trebor
dulu-dulu masa kecik dulu
aku kalau beli gula-gula ni kira gula-gula paling mahal dah aku beli
seingat aku la beli gula-gula ni pun sebulan sekali je
lepas tu nak makan dia pun cermat je
memang menjadi kesukaan aku dengan adik aku

yang bestnya gula-gula trebor ni
dalam tu ada gula-gula berwarna-warni
lepas tu ada macam gula halus yang tersangat la halusnya
memang layan la masa tu

kalau tengah marah ke apa ke
dapat gula-gula ni terubat la rasa marah

sekarang ada jual lagi tak?

restoran selera rimba

0 comments

aku teringin sangat nak pergi restoran selera rimba ni
aku tau pun lepas tengok jalan2 cari makan

yang bestnya dekat sini dia ada menu rare
rare ni bermaksud makanan yang selalunya orang dapat pergi memburu
antara contoh hidangan yang ada kat restoran tu ialah
landak, rusa, kijang, ikan sungai yang rare, udang galah fresh & besar amat

jom buat trip pergi sana jom


aku minat sangat dekat udang galah tu
daging rusa pun best jugak
tapi main attraction bagi aku ialah udang galah yang amat2 la fresh dan sedap tu

fyi, owner kedai ni memang dapat lesen dari perhilitan untuk jual2 makanan rare tu
dan dia dapat supplier pun dari orang yang berburu
better kalau ko nak makan landak, rusa, kijang tu semua
elok aku rasa ko call dulu restoran tu
kalau tak kang datang kosong je

jauh pun boleh tahan jauh

[Monday, February 21, 2011]

Dinner hari ni - Restoran Halwa Seafood

1 comments


Nasi putih Rm1
Ayam halia Rm3.5
Tomyam campur Rm4.5
Milo ais Rm1.7

Air dah sampai dah ni
Tapi nasi dan dan lauk tengah masak lagi ni

Korang makan apa?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Sunday, February 20, 2011]

Supercar nissan skyline gtr

1 comments


Best bawak kete ni
Berdesup desup

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Saturday, February 19, 2011]

All time favorit A&W root beer

0 comments


Let's enjoy it

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Friday, February 18, 2011]

Jco! Sunway pyramid

0 comments


Singgah jalan sini jap isi perut
Jco sunway pyramid

Jemput

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FREE burger king whopper!

0 comments

cuba tengok gambar ni betul2
aku dapat gambar ni dekat facebook
burger king punya page
1st impression kalau tengok gambar ni memang best la kan
menyelerakan la kata orang

tapi ada 1 isu yang aku nak bangkitkan kat sini
selalunya la kan
kalau korang tengok gambar2 yang macam ni lah
iklan makanan macam ni
korang mesti expect bila pergi dekat kedai ni korang akan dapat serupa macam gambar ni kan

tapi sebenarnya bila dah beli bulp!!
tak macam gambar

berapa kali dah korang kene macam ni
rasa macam memang forever kena macam ni kan
termasuklah aku

kecewa jugak la
dalam gambar punya la hebat
tapi bila beli teeettttttttt, fail
agak2 la pun kalau buat iklan pun kan

tengok gambar ni bukan main hebat lagi dengan sayurla hapa la
bukan main tebal lagi

apa pun sapa yang keje advertising tu agak2 la pun
sekarang semua nak real kan

apapun enjoyyyyy


berbalik balik kepada iklan ni
iklan ni valid
seperti yang korang tengok
beli whopper large value meal
then akan dapat another satu lagi whopper jr FREE!!

tengok la camne nanti
sempat ke tak sempat aku nak terjah nanti

[Thursday, February 17, 2011]

Super clear persiaran kewajipan

0 comments


Macam tak percaya pulak jalan persiaran kewajipan ni

Susah nak dapat view macam ni
Jangan harap la macam ni

Hari ni super miracle

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

And another red inspira

2 comments


Nice looking red maroon inspira
What does that P means?

FYI this spot is the same spot with another inspira in my posting before
just that before this the another inspira is spotted on the right side

i can see now it became more inspira on the road

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Monday, February 14, 2011]

i'm on POLO BLUE

1 comments

korang jangan ingat blue je
tapi yang ni memang blue pun
i'm talking about this POLO BLUE perfume

i just ordered it online yesterday at bestbuy-world.com and the item arrived today at my doorstep
i wanted another one which is dior homme but it is not in their list
will ask them later

everything nowadays is online
never thought of it before
good that i can order this via online while searching it everywhere and didn't find it in the small bottle

i like this POLO BLUE so much
have used it since 2004





saya nak hadiah dari mommy

1 comments

pandai2 la korang nak buat apa
follow je instruction ni
aku pun tak reti sangat tapi buat je la
mana tau dapat ipad lak ke kan
rezki orang kata
tak gitu mommy?

aku tag ni 3 orang
secara rambang je ni

missmeera
symuzzamir
cik ira

[Friday, February 11, 2011]

polis pujuk perempuan bogel

2 comments

at the first time i read this story
i thought it was fake
but then after go thru all the way until finish
it was a real story indeed

i can't believe this happen here in malaysia
naked women in the street and at open area and during daytime

OMG!


here's the story taken from Harian Metro dated 8th feb

KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila seorang wanita warga Afrika muncul di khalayak ramai dalam keadaan telanjang bulat sebelum membuat ‘persembahan’ dengan berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah II di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.

Saksi kejadian, Mohd Ghani Mohd Ismail, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal terkejut apabila melihat seorang wanita melompat-lompat dalam keadaan bogel di bahu jalan.

Menurutnya, perlakuan aneh itu menyebabkan pengguna jalan raya memperlahankan pemanduan bagi melihat ‘tayangan percuma’ berkenaan yang turut menarik perhatian pelanggan bank serta pengunjung restoran berhampiran lokasi kejadian.

“Dua anggota polis lelaki yang menyedari perbuatan wanita itu cuba memujuknya bertenang dan memakai pakaiannya semula,” katanya.

Menurutnya, anggota polis berkenaan yang mungkin serba salah untuk menyentuh wanita terbabit berulang kali menghulurkan pakaian, namun ditepis wanita itu.

“Wanita terbabit yang seolah-olah dirasuk menjerit-jerit dalam bahasa tidak difahami sebelum baring di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita terbabit yang berpura-pura pengsan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian sebelum berlari di sekitar kawasan itu dalam keadaan telanjang.

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita yang juga pelanggan restoran berkenaan menghampiri wanita terbabit sebelum mengarahkannya supaya memakai semula pakaiannya.

“Agak mengejutkan apabila wanita berkenaan akur arahan itu.

“Wanita itu dibawa ke dalam kereta peronda polis sebelum dipercayai dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

still can't believe this

Jom briyani arab usj taipan

1 comments

Cam best je tengok kedai ni
Nak kena terjah ni

Sekarang ni boleh tahan bersepah kedai arabic food ni
Mana2 pegi pun boleh jumpa

Dulu kat sini bukan kedai ni
Dulu kedai ni kedai pizza vs satay
Sekarang dah bertukar jadi kedai briyani arab pulak dah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Inspira on the road

3 comments


Dah banyak aku tengok inspira atas jalan
Yang ni bau kedai lagi ni
Plate baru sangat WUW

Aku tengok banyak dah inspira yang ditukar lambang ke mitsu

Yang bestnya inspira ni ada paddle shift gear macam F1

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Thursday, February 10, 2011]

Ayam penyet ria summit

2 comments


Makan tengahari
Selalu sangat dah order lauk ayam
Kali ni aku order udang penyet

Not bad
Udang dia dekat 10 ketul
Puas hati!! Sampai aku dah habis makan nasi pun udang tu tak habis lagi

Jemputtt

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Tuesday, February 8, 2011]

angpow mcd prosperity burger

6 comments

pagi tadi masuk fb tengok mcdonalds malaysia punya page ada bagitau pasal kalau makan prosperity burger akan dapat angpow
tak tau pun angpow tu apa isi dia

tu yang tengahari tu terjah mcdonalds summit nak cuba nasib tengok dapat apa

jom kita tengok gambar makanan dulu
tak lain tak bukan prosperity burger


ni lah dia saat-saat yang dinantikan
jom tengok apa dapat
nampak??


cehhhhhh
sekali dapat coffee
aku tak amik pun
kasi orang je


apapun ni jugak yang terbaik
tapi ada ralat jugak ni
aku mintak prosperity ayam
dia bagi prosperity daging pulak dah

dah satu hal

apapun semuanya dah selamat masuk dalam

seronoknya dapat naik sukhoi

1 comments

tapi bukan aku ler yang dapat naik sukhoi ni
tengok nih


mesti best gila kan?
tak ada ke blogger yg keje pilot sukhoi?
boleh la bawak aku jalan2 kejap
dapat setengah jam pun jadi la

aku ingat kalau naik jet ni setengah jam boleh sampai kutub dah
kelajuan sukhoi ni supersonic babas der

jom kita tengok specs sukhoi ni hebat tak hebat

Ciri umum
Anak kapal: 2
Panjang: 21.935 m ()
Rentang sayap: 14.7 m ()
Tinggi: 6.357 m ()
Sayap luas: 62.04 m2 ()
Berat kosong: 18,400 kg ()
Berat berisi: 8,000 kg ()
Berat berlepas maksimum: 34,000 kg ()
Loji kuasa: 2× Saturn AL-31FP lepas bakar dengan ciri Tujahan Kawalan Vektor (TVC) , 130 kN dengan lepas bakar setiap enjin () setiap satu

Prestasi
Kelajuan maksimum: Mach 2.0
Jarak: 3,000 m di altitud (1,300 km pada aras laut, 5,000 km dengan sekali pengisian minyak di udara) ()
Lelangit khidmat 17,300 m ()

Persenjataan
Meriam: 1x 30-mm meriam GsH30-1 dengan 150 butir peluru.
Peluru berpandu:
Udara ke udara
Peluru berpandu panduan aktif radar jarak sederhana Vympel RVV-AE (R-77).
Peluru berpandu inframerah jarak dekat R-73.
Peluru berpandu semi-aktif jarak sederhana R-27R1.
Udara ke permukaan
Siri-siri peluru letupan kuat OFAB 100-120, 25-270 dan FAB 500.
Bom panduan TV KAB 500KR dan KAB 1500KR.
Persenjataan lain
Siri-siri Vympel Kh-29 AGM
Versi-versi Kh-29T (pencari TV), Kh-29TE dan Kh-29L (pencari laser).
Senjata anti radar Zvezda-Strela Kh-31A (radar aktif) dan Kh-31P (radar pasif).
Peluru berpandu panduan TV jarak jauh, Raduga NPO Kh-59ME.

Avionik
Paparan Pandang Atas (HUD) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
Sistem Inframerah Navigasi Pandang Hadapan (NAVFLIR) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
Pod Menandakan Laser Damocles (LDP) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
Penderia Amaran Kehadiran Peluru Berpandu (MAWS), MAW-300 - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
Penderia Amaran Laser (LWS) - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
Radar Jujukan Pengimbas Fasa Pasif (PESA), NIIP N011M BARS - Rusia
Penyesak aktif DECM SAP518M - Rusia
UV-30MK CMDS - Rusia
Penerima Amaran Radar (RWR), L-150-30 Pastel - Rusia
Pencari dan Penjejak Inframerah (IRST), UOMZ OLS-30I - Rusia

BUTTERWORTH: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, di sini, semalam.

Ketibaan baginda dari Pangkalan Udara Subang, jam 9 pagi, disambut Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Tuanku Mizan juga berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama sebelum mengikuti penerbangan dengan pesawat Sukhoi SU-30MKM selepas diberi taklimat penerbangan oleh Rodzali.
Pesawat itu diterbangkan pada ketinggian 15,000 kaki dan berkelajuan supersonik iaitu melebihi kelajuan bunyi oleh Pegawai Pemerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd Asghar Khan Gauriman Khan.

Penerbangan selama 50 minit dengan diiringi sebuah pesawat FA/18D itu, melintasi dan mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi dan Pulau Pinang termasuk terbang di sebelah Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) serta Jambatan Pulau Pinang.

Tuanku Mizan menamatkan lawatan kerja dengan melawat Pameran Statik Pesawat Pejuang di Hangar ASF sebelum berangkat pulang.

Sementara itu, Mohd Asghar, 45, yang sudah berkhidmat selama 27 tahun dalam TUDM, berkata beliau bangga kerana dapat memberi khidmat kepada Yang di-Pertuan Agong yang tenang sepanjang penerbangan selama 50 minit itu.
“Pesawat diterbangkan dengan ketinggian 15,000 kaki dan berkelajuan supersonik iaitu melebihi kelajuan bunyi,” katanya.

kalau nak tau lagi lanjut pasal sukhoi ni boleh baca kat sini Sukhoi Su-30MKM

[Monday, February 7, 2011]

Air pulih tenaga terhebat boss coffee

0 comments


Ni lah air terhebat sekarang ni
Air boss coffee

Macam best je kata2 kat atas tu
Aku terpengaruh dek kawan2 aku ni la ni
Diorang dok kata air ni segar la
Kaw la dan macam2 lagi
Tu yang terpengaruh beli jugak tu

Lepas aku rasa sendiri macam biasa je aku rasa
Ingatkan macam air redbull ke apa
Rupanya air kopi biasa je

Rasa dia macam kopi susu biasa je
Ntahla
Pada mulut aku ni la

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Saturday, February 5, 2011]

Kampung halaman jalan setanjung

0 comments


Sawah padi terbentang luas di kampung halaman
Ni view dari jalan setanjung

Petang2 kat sini la aku melepak
Kalau rajin mancing

Walaupun panas petang tapi angin sejuk je
Memang best
Tak sakit kepala
Tak sibuk macam kat bandaraya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Thursday, February 3, 2011]

Nasi kandar restoran rahmath bistro alam budiman

2 comments


Jemput makan tengahari semua
Korang dah makan ke?

Makan kat luar je ni
Lauk ayam goreng telur rebus sama peria goreng garing ubi kentang sikit

Moh kita

Nasi kandar restoran rahmath bistro alam budiman puncak perdana

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

cerita pasal marsha londoh

2 comments

cerita pasal marsha londoh yang cute and sweet

petang tadi sambil sambil browse facebook
sekali ada la ternampak status Tv3 ni
tah macammana some sort of macam sesi sembang dengan marsha AF tu
aku pun saja la klik masuk tengok macammana
lebih kurang dalam pukul 11 lebih macam tu la kot


aku pun tak perasan pulak sebenarnya
masuk2 rupanya pukul 2 petang
so biar je la web tu terbukak
diorang kat dalam tu dah start menyembang sesama diorang dah pun
sementara nak tunggu marsha masuk pukul 2 tu
aku pun blah dulu buat apa yang patut
dalam pukul 1 lebih tu masuk la kat situ balik tengok apa jadi

lepas tu tak lama tu ada la muka marsha ni keluar dekat skrin
aku siap provoke lagi dia
betul ke dia ke kan
pasal skrin tu kecik je
kot2 orang menyamar pulak kan

ingatkan chatting je dengan marsha ni
rupanya ada live webcam sekali
aku pun layan jer

bukan main lagi sembang ngan marsha
boleh lak dia layan
aku pun takde la sangka dia nak sembang dengan aku yang tak seberapa ni kan

heheh
thanks marsha

aku yang pakai nama Ahmadsh4hir tu
tengok marsha tu respond kat msg aku tuh
tengok la sendiri apa yang kitorang sembangkan antaranya

tengok gambar yang kedua tu
MARSHA: jadi suami i terus la ahmad


aku bukan nak tunjuk2 ke apa
saje nak sonok2 je

kot2 la ada yg nak follow marsha ni
boleh follow twitter dia dgn fb dia

twitter marsha
facebook marsha

Peace

[Wednesday, February 2, 2011]

celcom give free blackberry torch 9800

0 comments

ouch!!!
kalau tengok tajuk dia memang tak la kan
tapi sebenarnya tajuk ni memang real
memang betul beb
celcom bagi free blackberry torch 9800 tu for free!

dan dah ada orang dapat pun
masih ada peluang lagi ni

adeh celcom
aku nakkkkkk blackberry torch free ni


suka la orang yang dapat blackberry torch yang free ni
bila la nama aku nak naik ni

Mee goreng mamak restoran impian shah maju

4 comments


Meh
Jemput makan semua

Ni kira minum petang skali
Tak sempat makan tengahari tadi

Tengahari tadi ada program dengan marsha londoh
Nnt aku update story pasal marsha londoh tu k

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Tuesday, February 1, 2011]

Nasi putih & paprik campur & telur mata restoran halwa

0 comments


Ni mmg tempat favorite aku makan kalau kedai siam

Nasi putih lauk paprik campur restoran halwa

Jemput makan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

cari bini virtual?

0 comments

kini impian anda bakal jadi kenyataan
tak caya?

nah tengok dekat sini cari bini virtual

jom kita tengok sedutan dari website ni

krisis pelajar malaysia di mesir

0 comments

sama2 la kita semua berdoa supaya pelajar2 malaysia khususnya
dan rakyat malaysia yang ada dekat sana supaya selamat hendaknya

untuk mengikuti perkembangan semasa keadaan mereka disana boleh lah browse ke blogspot ni
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

mudah2an selamat

FANS