MY.TEMPAT

[Friday, May 22, 2009]

ban kaya

7 comments


pagi ni breakfast ban kaya
dah lama aku tak makan roti kaya ni
selalunya asyik layan ban coklat je

layan..

[Tuesday, May 19, 2009]

nasi campur

0 comments


lunch tengahari tadi
beli kat cafe ofis jer
daging black pepper/kicap dengan ubi kentang goreng sambal kering

[Monday, May 18, 2009]

secret recipe

0 comments


kejadian berlaku minggu lepas
syurga sungguh bila cuti time orang lain kerja
nak-nak pulak hari isnin pulak tu

memang syorrrga

mula-mula keluar jalan pergi bank je
pastu elok keluar bank je boleh teringat kat secret recipe
hampeh tul!!

nasib baik pagi lagi, baru pukul 1030
baru lepas breakfast apa semua
bukan aku tak singgah, singgah juga
cuma tak la makan heavy
cuma order kek chocolate indulgance ni dengan vanilla shake
tak puas wey minum vanilla shake
ada kesilapan di situ
aku budget vanilla shake ada oreo sekali
rupanya nak oreo tu kene order sekali la
aku pulak main order vanilla shake je

alla nasibbbb

makan-makan

0 comments


ni cerita jumaat lepas
jumaat lepas kat ofis ni ada makan-makan sempena meraikan birthday untuk bulan jan-april dan untuk sorang staff yang resign
dapat keje kat JKR, sesuai la dengan bidang dia mechanical engineering
masa interview dulu mati-mati cakap memang tak cari kerja lain dah
memang nak keje kat sini je
sebab kroni semua kerja kat sini

alih-alih blah jugak

lepas ni interview harus aku bawak perakam
rekod janji-janji manismu

ehehe

menu yang kat gambar atas sekali tu we called it roti jala
yang gambar second tu ada mee goreng, ada ayam goreng berempah, karipap dan sambal ikan bilis

macammana nak masak ayam goreng berempah yek?

nasi goreng

0 comments


sape duk malaysia tak kenal ini makanan memang nak kene babap
breakfast pagi tadi
sendiri bikin
apa susah, sekang ni kat kedai belambak perencah segera
tak yah pening rasa tak sedap ke hape ke
buh perencah buh bahan-bahan yang ko nak kat nasi goreng tu

settle!!

senang kan??

[Friday, May 8, 2009]

rambut dah panjang ni

0 comments


panjang dah rambut aku ni
jarang aku simpan rambut panjang-panjang ni
biasanya sebulan sekali aku potong rambut
ni dah masuk 2 bulan aku tak jengah mamak gunting rambut

tengok la nanti macammana

hari ni pergi ofis serba hitam ni
baju hitam, seluar hitam, kasut hitam
mau berpeluh tengahari ni kang

nasi kukus ayam berempah

0 comments


ni menu hari rabu lepas after balik kerja
beli dekat area rumah
RM4.50

ok je

[Thursday, May 7, 2009]

mee bandung

0 comments


mee bandung ni pulak aku makan hari kelmarin
tak sempat nak update kat blog
baru ni aku berkesempatan nak update
jadinya tu yang hari ni update

petang-petang camni update gambar makanan ok kan
sesuai la dengan waktu petang-petang camni

tak jauh mana pun aku beli
beli dekat cafe ofis ni je
RM3.50 kot, ke RM3 gitu la
tak berapa nak ingat

biasa-biasa je
cuma tang kuah tu tak berapa nak mee bandung sangat
kuah cair
aku no komen, makan je la
next time takde la

enjoy food!

sizzling yee mee

1 comments


kejadian berlaku 2 minggu lepas
pagi-pagi lagi pergi shopping barang sikit dekat tesco puchong
lepas pusing dan pusing dan settle beli semua yang patut
tengok-tengok jam dah pukul 12
terus je singgah makan terus dekat food court tesco tu

so makan la sizzling yee mee ni
puashati, tak kedekut
RM5.50 with telur, without telur RM5 je

aku sebenarnya tak nak telur tapi dia tak tanya pula nak letak telur ke tak
main buh jer
makan je la

[Monday, May 4, 2009]

perodua MPV

3 comments


kalau tak salah aku perodua MPV ni dah ditayangkan dekat public masa minggu amanah saham kat jb
baru² ni
rugi la tak dapat pergi
kalau tak dapat tengok MPV ni depan²
hopefully kalau dapat launch awal lagi bagus

kalau tengok kat gambar last sekali yang ada gambar dato najib tu
tengok skrin belakang dia tu
dia tulis akan tiba november
lama jugak lagi tu nak tunggu november

sure ramai yang ternanti² macammana la rupa sebenar MPV perodua ni
aku pun ternanti² jugak ni

yang aku suka part kerusi depan tu la
cuba tengok dia memanjang sambung sampai belah co-pilot
cam best je kan

bubur nasi siam style

2 comments


ni menu minggu lepas ni
hari khamis kalau tak silap aku la
balik keje terus singgah pergi makan kat kedai kat rumah

haritu aku pergi makan kat tempat tu juga
tapi makan benda lain
pastu ada kat meja sebelah ni makan bubur ni la
so kali ni aku pun order bubur nasi ni juga

bubur ni tak macam bubur nasi biasa kat kedai² tu
dia lain macam sikit
mungkin ada yang tak pernah tau, tak biasa tengok bubur macam ni

bubur nasi dia masak asing siap²
pastu dia ada macam sup asing
bila ada orang order baru la dia cedok bubur nasi tu masuk mangkuk
pastu tuang sup tu masuk dengan bubur nasi tu
pastu dia bubuh la perencah lada sulah, kicap siam dan lain² tu

dah siap tu dia hidangkan dengan ikan bilis dengan bawang potong²
limau tu kalau suka perah kat dalam bubur tu
nanti ada la rasa masam² limau tu

selamat menjamu mata!

hihi

kejadian pokok tumbang

0 comments


kejadian berlaku pagi semalam masa aku kat kampung
yang aku tau pokok ni tumbang dalam pukul 1.30pagi gitu
time orang semua tengah tido
masa tu angin kuat giles
boleh nampak pokok tu pelan² jatuh

nasib baik pokok ni tak hempap rumah
kalau tak jadi satu hal lain lak lagi

tak merasa la makan buah pelam lagi lepas ni
ni la satu²nya pokok buah yang ada
pokok sawit ada banyak la

kesian kat jiran sebelah sebab pokok ni tumbang kene dekat wire letrik ke rumah dia
siap ada penghuni rumah tu bangun pukul 2 gitu ingatkan kat mana, kat mana, sebab bergelap gelita
rupanya letrik takde dah suspen dah diorang tu

pagi tu baru report dekat TNB dengan bomba
report TNB biasa la sebab nak mintak dia betulkan balik letrik tu
pastu bomba lak nak mintak tolong diorang potong pokok tu
report as bencana alam

aku tak tau pun sebelum ni kalau pokok tumbang panggil bomba
ingatkan rumah terbakar je panggil bomba
tapi logik jugak la kalau kata sebab bencana alam kan

sekali last² bukan bomba jugak yang datang
sekali yang datang JPA daa
Jabatan Pertahanan Awam
siap sesat lagi pergi tempat lain sebab kat belah sana pun ada pokok tumbang

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA - SEDIA, PANTAS DAN BERINTEGRITI

3.9 KAITAN RAKYAT
Antara langkah Pertahanan Awam yang sering dijalankan oleh rakyat adalah:

• Bencana dan kemalangan
menyelamat dan mengeluarkan mangsa, mengawal lalulintas, merawat, memulih dan mengambil tindakan bagi memastikan semua nyawa terpelihara

• Kebakaran
menyelamat mangsa, memadam dan mencegah api kebakaran.

• Kecemasan lain
rawatan perubatan, mencegah penyakit merebak atau berjangkit, pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya, kawalan rusuhan atau ketenteraman awam dan pencegahan jenayah

• Khidmat kemanusiaan
bantuan kebajikan, gotong royong, pemulihan emosi dan persekitaran serta kaunseling, kawalan keselamatan dan apa jua langkah yang dapat mencegah dan memulihkan bencana serta menjamin keharmonian rakyat.

baru tau function pertahanan awam ni
rupanya support macam bomba jugak

berguna: Buku Panduan Kecemasan

FANS